10 Kekuatan Lahir dari CINTA!!!
10 Kekuatan Lahir Dari Cinta... ^_^
2. Kekuatan dari komitmen- Kesungguhan yang kita bina melalui komitmen dan perhatian kepada pasangan akan menjana satu sinergi dalam diri. Kepuasan kita rasai dengan cukup ketara apabila kita berjaya memenuhi keperluan atau permintaan.
3. Kekuatan persahabatan - Seorang sahabat akan berkata benar bukan membenarkan kata-kata.
4. Kekuatan dari sentuhan - Kita akan mudah tersentuh dan rasa terpalit atas penderitaan serta keperitan saudara seagama. Tidak seharusnya kita tidur lena sehingga kita dapat membantu menyelesaikan atau meringankan beban mereka.
5. Kekuatan bagi melepaskan - Tidak mudah untuk berpisah dengan yang tersayang. Namun demi perjuangan kita akan rela bertemu dan berpisah kerana Allah.
6. Kekuatan semangat- Seperti satu keajaiban menimpa insan yang memiliki dinamika perasaan cinta.
Mereka sentiasa bermotivasi tinggi dan bersemangat bagi membuat apa sahaja kerja dan tidak mengira masa. Mereka ingin menjadi yang terbaik
tanpa mengharapkan pengiktirafan dan penghargaan atas kerja kuat mereka.
7. Kekuatan dari rasa percaya - Cinta suci memberikan keyakinan untuk percaya pada pasangan walaupun mereka berjauhan. Walau jauh di mata namun di hati tetap dekat dan abadi.
8. Kekuatan berfikir - Kesungguhan bagi memikirkan tentang masa depan tidak akan konsisten jika asasnya tidak kukuh. Hati akan menghasilkan hormon bagi menjana minda untuk berfikir tentang kerja dan kerjaya serta masa depan.Cinta suci tidak menjadikan kita pasif dan berangan kosong. Sebaliknya sentiasa mendesak kita memikirkan cabaran serta perjuangan bagi mengekalkannya.
9. Kekuatan bagi menghormati - Cinta akan mengajar kita menghargai dan menghormati pandangan orang lain. Jika kita tidak suka pada sesuatu perkara, namun kita akan ada kekuatan bagi menghormati minat orang lain terhadap sesuatu perkara.
10. Kekuatan bagi memberi - Memberi bererti berkorban. Ada perkara tertentu mempunyai nilai sentimental dalam hidup kita, seperti kereta,buku,pakaian dan sebagainya. Namun cinta mendidik kita supaya tidak berkira serta memberi milik kita untuk dimanfaatkan oleh atau orang lain. Kekuatan toleransi merupakan suatu pengorbanan yang tinggi nilainya.
0 Comments:
Post a Comment
Subscribe to Post Comments [Atom]
<< Home