Friday, August 22, 2014

UNTUK RAKYAT PALESTIN!!!

Assalamualaikum w.b.t

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ

Seperti mana yang kita tahu,rakyat Palestin-Gaza sedang berada dalam krisis disebabkan kekejaman yang dilakukan oleh rejim zionis dan Israel laknatullah.Seluruh dunia mengutuk sekeras-kerasnya kekejaman yang dilakukan oleh Israel.Pelbagai usaha telah dilakukan bagi menunjukkan sokongan padu seluruh masyarakt dunia supaya kekejaman ini dihentikan segera.Oleh sebab inilah,blog juga merupakan satu medium yang berkesan dalam usaha memberi sokongan moral disamping doa kepada saudara kita di palestin.Jadi rasanya tak salah kiranya kita menunjukkan sokongan kepada rakyat palestin.Disamping megutuk sekeras-kerasnya kezaliman syaitan bertopengkan manusia ini.

Dibawah satu payung keamanan kita bergabung menzahirkan dan meluahkan kata-kata semangat untuk saudara kita di Palestin.Memberi sokongan agar damai yang hilang itu kembali menyinari mereka.


1-Copy satu banner seperti dibawah-(blogger Malaysia,Indonesia,Brunei,Singapura) untuk diletakkan dalam post anda.
2-Edit dengan meletakkan nama anda semua.Dan buat satu post yang bertajuk "TEAM BLOGGER SUPPORT GAZA:Tajuk post"
3-Coretkan nurkilan khas buat saudara di Gaza seperti puisi dan lain-lain.
4-Backlink kan post anda ke laman ini-Bebas dalam apa jua cara
5-Tinggalkan link anda di bahagian kotak komen untuk kongsikan nurkilan buat saudara Palestin.
6-Boleh tampalkan banner pada bahagian sidebar blog anda.

Semoga saudara Palestin terus kuat dan tabah menghadapi kekejaman Israel ini.We support Palestine.

(NURKILAN BLOGGER BUAT PALESTIN)






0 Comments:

Post a Comment

Subscribe to Post Comments [Atom]

<< Home