Tuesday, July 29, 2014

LURUS DAN RAPATKAN SAF!!!!!!!!

LURUS DAN RAPAT KAN SAF!!!




Solat Berjemaah di setiap waktu solat Vs Bilangannya di setiap waktu solatJ 
Apabila bangun dari tidur, badan akn berasa segar dan sihat setelah tidur selama beberapa jam kerana cas negative dan positif adalah seimbang.Oleh itu, hanya sedikit pertukaran cas-cas dari dan ke dalam tubuh diperlukan.Sebab itulah solat Subuh hanya disyariatkan sebanyak 2 rakaat… 
Subhanallah.. 
Seterusnya, setelah seharian bekerja bertungkus lumus, membanting tulang atau memerah otak, cas-cas ini tidak lagi seimbang dgn kehilangan banyak tenaga dari badan.Oleh itu, pertukaran cas-cas yg banyak diperlukan dan peranan solat jemaah adalah untuk memulihkan keseimbangan cas-cas ini. Oleh sebab itu solat Zuhur berjamaah didirikan 4 rakaat utk memberi lebih masa kepada pemulihan cas-cas tadi… 
Alhamdulillah… 
Proses yg sama berlaku pada sebelah petang, apabila kita mengeluarkan banyak tenaga menyambung tugas-tugas kita dan kita kehilangan banyak cas-cas ini.Sekali lagi proses penyeimbangan ini berlakuapabila kita mengerjakan solat Asar berjamaah sebanyak 4 rakaat
La ilaha illallah…
Selepas waktu Asar, setelah pulang dari kerja atau pada kebiasaannya, kita hanya melakukan aktiviti-aktiviti yang tidak terlalu banyak menggunakan tenaga dan masa yang diperuntukan pula tidak terlalu lama. Oleh itu tidak terlalu banyak tenaga yang kita keluarkan. Seterusnya kita akan pergi ke masjid untuk menunaikan solat Maghrib berjamaah,sebanyak?3 rakaat... Pengurangan dalam rakaat ini berlaku krna kita tidak kehilangan terlalu banyak tenaga dan penyeimbangan cas-cas ini berlaku dalam jangka masa yang agak kurang dari sebelumnya (Zohor dan Asar)
Ya Allah… J
Solat Isya' pula.Kenapa kita perlu solat sebanyak 4 rakaat?Begini adik-adik…dengar ya kakak mahu bagitaw nie..secara logiknya, kita tidak melakukan banyak aktiviti pada waktu malam dan tidak memerlukan pengumpulan cas-cas yang banyak utk tidur. Solat Isya' berjamaah sebanyak 4 rakaat dptmenyediakan penyeimbangan cas-cas dan pengumpulan tenaga yang secukupnya untuk kita bangunTahajud
Allahuakbar… 
Betapa cantiknya Allah ciptakan Islam untuk kita kan?Moga diri kita tidak buta untuk melihat, meneliti, mentafsir dan mengamalkan Islam sbg Ad-Din dan cara hidup. Hasil daripada kajian dan hidayah daripada Allah, Prof dr Amerika itu td telah memeluk Islam.Subnallah Walhamdulillah Wala ilaha illallah Wallahuakbar.
Jom solat berjemaah!!!

p/s: kepada diri yang bergelar wanita, carik la bakal suami yg boleh jd imam.Letakkannya ianya syarat wajib untuk memiliki.hehe.tak kejam pun.jika kaum mereka mahukan perempuan yg pandai memasak, masakan kita tidak meletakkan syarat sewaktu dengannya???bahkan ia lebih dari sewaktu dengannya.ke arah membina daulah islamiah.renung2kan dan selamat beramal…



Wallahua'lam.
*lupe ambik gambar2 kat mne, moga tuan milik gambar ni izinkan sy kopi lekat utk manfaat bsama.smoga dpermurahkan rezeki syeikh!

 ( Semoga ALLAH merahmati beliau dan memberikan berkah dalam hidupnya!!! Amin.... ^_^ )

Monday, July 28, 2014

Beautiful recitation! SubhanaAllah!

Qasidah Ya Badrotim upload by Sufian Isa

Maher Zain - Ramadan | English | Vocals Only Version

Saturday, July 26, 2014

GAZA 2014 | Jon Snow 'annihilates' Israeli spokesperson Mark Regev

Pemuda Pembangun Zaman Kegemilangan Islam!

Imam As-Syahid Hassan Al-Banna menyebut: “Berikan aku 300 katibah, yang mana rohnya sarat dengan iman dan taqwa, dadanya padat dengan ilmu dan thaqafah, jasadnya terlatih dengan latihan, maka ketika itu jika kamu mengajak aku untuk meneroka angkasa lepas, menembusi bumi tujuh petala, menghancurkan kepala penjajah, aku sanggup”.

Aku mahu jadi pemuda.

Aku lihat, dulu pemudanya hebat.

Dahulu, semasa perang Badar, Muawwiz bin Afra' dan Muaz bin Amru berjaya mencederakan pemimpin tertinggi musyrik Abu Jahal. Umur mereka, 13 dan 14 tahun. Seorang terus dibunuh dan mati syahid, seorang lagi berehat dan teruskan menyerang. Tangannya ditetak, terkulai. Dipijak tangannya sehingga putus dan terus meluru menyerang Abu Jahal. Syahid. Sebab mereka begitu mencari Abu Jahal apabila ditanya oleh Abdurrahman bin 'Auf - "Kerna, kami mendengar Abu Jahal selalu menghina dan menganiaya Nabi". Sungguh, aku ingin semangat aku seperti mereka.

Dahulu, selepas komando-komando terhebat Musyrik berjaya merentas parit Khandak menggunakan kuda-kuda terbaik mereka, umat Islam dicabar oleh komando terbaik. Tiga kali sahutan dan jeritan kepada kaum Muslimin ditempat mereka sendiri, tiada yang menyahut kecuali seorang pemuda. Dua kali dia disuruh duduk oleh Nabi kerana dia terlalu muda, lawannya terlalu hebat. Namun, Allah telah memilih dia. Dalam debu-debu kehangatan pertarungan satu lawan satu, tiada siapa tahu apa yang terjadi. Hanya kedengaran bunyi-bunyi pedang dan perisai bertembung. Kedua-dua pihak menanti penuh debar. Seusai debu pertarungan surut, zahirlah pemenang pertarungan. Allahu Akbar, Allah memenangkan si pemuda, takbir bergema. Siapakah pemuda yang berani tersebut? Dialah 'Ali bin Abi Talib. Sungguh, aku ingin keberanian aku seperti beliau.

Dahulu, dia dihantar oleh Nabi ke Madinah sebelum Nabi berhijrah ke sana. Menjadi duta Islam. Mengajarkan Islam. Dia, yang semasa jahiliyahnya digilai wanita-wanita. Ke mana sahaja beliau pergi, harumannya menusuk hidung si gadis, dan tahulah mereka bahawa pemuda yang digelar "Pemuda Makkah yang disanjung" lalu di situ. Benar, beliau digilai ramai orang. Namun, Islamnya beliau - membawa kepada penghijrahan Nabi ke Madinah. 12 orang dikembangkan menjadi beratus-ratus orang di Madinah atas usaha beliau. Beliau syahid di Perang Uhud. Ibnu Qamiah menyerang beliau, memutuskan tangan kanan beliau yang memegang panji Islam. Dijulang kembali panji itu dengan tangan kirinya. Dia kibarkan - putus tangan kirinya ditebas oleh Ibnu Qamiah. Dia menunduk, dengan kedua pangkal tangannya yang telah kudung, beliau dengan bersemangat memeluk panji Islam dan melaung "Muhammad itu tiada lain hanyalah seorang Rasul, dan sebelumnya telah didahului para Rasul". Tombak terus tertancap di dadanya, dan gugurlah beliau sebagai syahid - di mana haruman keimanannya di Madinah dinikmati oleh semua orang. Beliau adalah Mus'ab bin Umair. Sungguh, aku ingin iltizamku terhadap Islam seperti beliau.

________________________________________________________________________________________________________
Suatu hari Umar al Khattab r.a. duduk-duduk bersembang dengan sahabat-sahabat beliau. Maka Umar berkata kepada sahabatnya, “Impikanlah”. Maka salah seorang sahabat yang hadir berkata, “Saya berangan-angan untuk memiliki banyak wang dan akan saya belanjakan untuk memerdekakan hamba dalam rangka meraih lebih redha Allah.”
Seorang yang lain menyahut, “Kalau saya, saya mengimpikan memiliki harta yang banyak lalu saya belanjakan fi sabilillah”. Yang lain menyahut, “Kalau saya mengangankan mempunyai tubuh yang kuat lalu saya abdikan diri untuk member air zam zam kepada jemaah haji satu persatu.” Setelah mendengar semua itu, maka Umar berkata, “Aku mengimpikan akan ada pemuda-pemuda seperti Abu Ubaidah al Jarrah, Musab bin Umair yang mana akan menegakkan agama ini di muka bumi.”
________________________________________________________________________________________________________


Sehingga 'Umar pun mengimpikan pemuda. Siapakah pemuda? Imam Hasan al Banna dalam risalah 'Kepada Pemuda' mengungkap...

Sepertinya keempat rukun ini, yakni iman, ikhlas, semangat dan amal merupakan karakter pemuda. Sebab sesungguhnya dasar keimanan adalah hati yang cerdas, dasar keikhlasan adalah nurani yang jernih, dasar semangat adalah perasaan yang menggelora, dan dasar amal adalah kemahuan yang kuat. Dan itu semua tidak terdapat kecuali pada diri pemuda.

Di akhir hari, dudukku keseorangan, atas sayangnya aku pada manusia, bencinya aku pada maksiat dan dosa pada diriku, berdoa - ya ALLAH, kau mudahkanlah diriku untuk mengikuti akhlaq Rasulullah, dan bintang-bintang di langitnya, sahabat-sahabat Nabi Muhammad. Semoga umat Islam kembali bangkit. Usah menanti zaman kelima, bangkitkan zaman kelima.

De' Danga Fantasy : LUKISAN DAKWAH MENGGAMIT JIWA

De' Danga Fantasy : LUKISAN DAKWAH MENGGAMIT JIWA: Saya suka melihat-lihat pesanan dan wallpaper yang direka olehnya. Pesanan yang penuh santai dan memberi motivasi kepada setiap insan y...

Cara-Cara Menutup Aurat Yang Diredhai ALLAH! ^_^




[7:33 AM 7/27/2014]

CARA-CARA MENUTUP AURAT YANG DIREDHAI ALLAH ^_^

BENARKAH MENUTUP AURAT DAPAT MENGELAK DARI WANITA DISAKITI?

Ramai wanita professional dan yang kurang didikan agama hari ini mencebik bibirnya apabila tajuk ini disebutkan, mereka tidak percaya langsung fakta yang saya sebut diatas.
 Malah ada yang berpendapat lelaki sengaja melakukan perkara buruk kepada wanita kerana ingin menunjukkan kekuasaannya terhadap wanita. Kerap benar saya dengar hujah ini di media massa.

Hakikatnya, sebagai hamba Allah SWT dan umat Rasulullah SAW kita diajar untuk merujuk Al-Quran dan Al-Hadith bagi mendapat kepastian tentang baik buruk dan benar salahnya sesuatu perkara itu. 
Dalam hal ini, Allah SWT berfirman :-

"Hai Nabi! Katakanlah kepada isteri-isterimu, anak-anak perempuanmu dan isteri-isteri orang mu'min semua hendaklah mereka melabuhkan jilbab-jilbab mereka atas (muka-muka) mereka.
 Yang demikian itu lebih memastikan mereka agar dikenali (sebagai wanita Islam) supaya mereka tidak diganggu." (al-Ahzab: 59)

Jilbab, iaitu pakaian yang lebarnya semacam baju kurung untuk dipakai oleh kaum wanita bagi menutupi tubuh badannya. Syeikh Dr Yusof Al-Qaradawi menerangkan, 
"Sebahagian perempuan Jahiliah apabila keluar rumah, mereka suka menampakkan sebahagian kecantikannya, misalnya dada, leher dan rambut, sehingga mereka ini diganggu oleh laki-laki fasik (jahat) dan yang suka berzina, 
kemudian turunlah ayat di atas yang memerintahkan kepada orang-orang perempuan Islam untuk melabuhkan jilbabnya itu sehingga semua bahagian-bahagian tubuhnya yang boleh membawa fitnah itu tidak kelihatan. 
Dengan demikian secara zahirnya pula mereka itu akan dikenali sebagai wanita yang terpelihara (‘afifah) serta tidak mudah diganggu oleh orang-orang yang suka kejahatan atau orang-orang munafik.

Jadi jelasnya, bahawa ayat tersebut memberikan ‘illah (alasan) utama perintah ini adalah kerana bimbang wanita muslimah diganggu oleh orang-orang fasik dan menjadi perhatian orang-orang yang suka berzina. 
Bukanlah ketakutan yang timbul dari perempuan itu sendiri atau karena tidak percaya kepada mereka, sebagaimana anggapan sebahagian orang, tetapi ia adalah kerana sebahagian wanita yang suka menampakkan perhiasannya,
 berjalan dengan penuh lenggang lengguk dan bicaranya dibuat-buat manja, sering menarik perhatian nafsu lelaki dan menjadikannya sasaran orang-orang yang suka berzina.
 (Petikan dari kitab Al-Halal wal Haram fil Islam dengan sedikit pindaan)

Ayat ini juga jelas menunjukkan bahawa salah satu target utama menutup aurat yang diletakkan oleh Allah SWT adalah sebagai kaedah dan cara terbaik bagi mengelakkan wanita Islam dari diganggu dan disakiti. 

Tapi itulah cabaran terbesar lelaki wahai kaum wanita, iaitu ANDA, wanita dan seluruh kecantikan yang dikurniakan Allah SWT kepadanya sebagai ujian, ia disebutkan oleh Allah SWT :

زين للناس حب الشهوات من النساء والبنين ..

"Dihiaskan (diuji) bagi manusia itu, nafsu syahwat dan keinginan serta kecintaan kepada wanita, anak-anak, harta..."

Ayat ini dengan jelas menyebut syahwat utama lelaki adalah pada wanita. Nabi SAW juga pernah bersabda :

ما تركت بعدي فتنة أضر على الرجال من النساء

Ertinya : "Tidak aku tinggalkan fitnah selepasku yang lebih boleh membawa mudarat kepada lelaki selain wanita" (Riwayat Al-Bukhari, 7/11, bab Zikir & Doa ) 

Sebuah hadith : "Dari Jarir bin Abdullah, ia berkata: Saya bertanya kepada Rasulullah s.a. w. tentang melihat (aurat wanita) secara tiba-tiba tanpa sengaja. 
Maka jawab Nabi: Palingkanlah pandanganmu itu!" (Riwayat Ahmad, Muslim, Abu Daud dan Tarmizi) - Iaitu, Jangan kamu ulangi melihat untuk kedua kalinya sebagainya datang dalam hadith Nabi kepada Sayyidina Ali r.a.

Apabila ia adalah sebuah hukum, maka adalah tidak harus sama sekali sesiapa juga mempermainkan apa jua berkaitan dengannya. Nabi SAW bersabda :-

ان العبد ليتكلم بالكلمة ما يتبين فيها يزلّ بها إلى النار أبعد مما بين المشرق والمغرب

Ertinya : " Sesungguhnya seorang hamba yang bercakap sesuatu kalimah atau ayat tanpa mengetahui implikasi dan hukum percakapannya, maka kalimah itu boleh mencampakkannya di dalam Neraka lebih sejauh antara timur dan barat" 
( Riwayat Al-Bukhari, bab Hifdz al-Lisan, 11/256 , no 2988) 

KESILAPAN KERAP WANITA TENTANG AURAT

KESALAHAN PERTAMA : Aurat itu adalah memakai tudung sahaja.

KESALAHAN KEDUA : Bertudung tetapi ber‘T-Shirt' berlengan pendek.

KESALAHAN KETIGA : Bertudung tetapi baju kebarungnya terbelah kainnya.

KESALAHAN KEEMPAT : Bertudung tetapi bajunya sendat, sempit dan nipis lalu memaparkan bentuk kawasan-kawasan mudah ‘menggoda'.

KESALAHAN KELIMA : Bertudung tetapi amat longgar dan menayangkan jambul dan hujung rambutnya.

KESALAHAN KEENAM : Bertudung tetapi hanya memakainya di pejabat sahaja. Tidak di sekitar rumah, pasaraya dan sebagainya.

KESALAHAN KETUJUH : Bertudung tetapi tudungnya dilempar ke belakang leher, maka terdedahlah dadanya dari ditutupi kain tudung.

KESALAHAN KELAPAN : Bertudung tetapi dengan tudung yang amat nipis sehingga boleh diihat sanggul, leher, tengkuk dan dadanya.

Sebahagian wanita menyangka bahawa tutup aurat tu adalah tutup rambut sahaja. Ia adalah tidak tepat sama sekali. Asasnya adalah dari firman Allah SWT: ertinya :

"Hendaknya mereka itu melabuhkan tudungnya sampai ke dadanya, dan JANGANLAH KAMU MENDEDAHKAN AURAT DAN PERHIASAN KAMU KECUALI APA YANG TERZAHIR." (an-Nur: 31)

Pengertian khumur (tudung), iaitu semua alat yang dapat dipakai untuk menutup kepala. Sedang apa yang disebut ‘juyub' kata jama' (bentuk plural) dari kata jaibun, yaitu belahan dada yang terbuka, tidak tertutup oleh pakaian/baju.

Setiap perempuan Islam wajib menutup kepalanya dengan tudung dan bahagian dadanya termasuk juga leher, sehingga semua tempat-tempat yang boleh membawa fitnah tertutup dari perkara yang memungkinkan dilihat oleh orang-orang yang jahat hatinya.

Menurut Syeikh Dr Yusof Al-Qaradawi yang dimaksud perhiasan perempuan dalam ayat itu pula, iaitu apa saja yang dipakai berhias dan untuk mempercantik tubuh, baik berbentuk ciptaan asli seperti wajah, rambut dan potongan tubuh,
 ataupun buatan seperti pakaian, perhiasan, make-up dan sebagainya.

Dalam ayat di atas Allah memerintahkan kepada orang-orang perempuan supaya menyembunyikan perhiasan tersebut dan melarang untuk dinampak-nampakkan. Allah tidak memberikan pengecualian, melainkan apa yang terzahir. 
Oleh karena itu para ulama kemudian berbeza pendapat tentang erti apa terzahir itu serta ukurannya.

Misalnya sahabat besar Nabi seperti Ibnu Abbas r.a, ia berkata dalam menafsirkan apa yang terzahir itu adalah : celak dan cincin.

Yang berpendapat seperti ini ialah sahabat Anas Bin Malik. Justeru, harus dilihat celak dan cincin wanita, bererti boleh dilihatnya juga kedua tempatnya pemakaiannya, iaitu muka dan kedua tapak tangan. 
Demikianlah apa yang ditegaskan oleh ulama Tabien seperti Said bin Jubair, 'Atha', Auza'i dan lain-lain.

Bagaimanapun Ummul Mukminin Aisyah r.a, Qatadah dan lain-lain menisbatkan gelang sebagai perhiasan yang boleh dilihat. Dengan demikian, maka tempat letak gelang iaitu di pergelangan tangan adalah dibolehkan jika tiada fitnah.
 Tetapi berkenaan batasnya dari pergelangan sampai ke siku, masih diperselisihkan. Seeloknya di jauhi dari mendedahkannya. 

Menurut Syeikh Al-Qaradawi juga, ini tidak sama dengan make-up dan cat-cat yang biasa dipakai oleh perempuan-perempuan zaman sekarang untuk memakai gincu dan bedak merah di pipi serta kuku.
 Make-up ini semua termasuk berlebih-lebihan yang sangat tidak baik, yang tidak boleh dipakai kecuali di dalam rumah. Sebab perempuan-perempuan sekarang memakai itu semua di luar rumah, adalah untuk menarik perhatian laki-laki.
 Jadi jelas hukumnya adalah haram.

Namun, kiranya sesempurna mungkin seorang muslimah harus bersungguh-sungguh untuk menyembunyikan perhiasannya, termasuk wajahnya itu sendiri kalau mungkin, 
demi menjaga meluasnya kerusakan dan banyaknya kefasikan di zaman kita sekarang ini. Lebih-lebih kalau perempuan tersebut mempunyai paras yang cantik yang sangat dikawatirkan akan menimbulkan fitnah.

"Dan hendaknya mereka itu tidak menampak-nampakkan aurat dan perhiasannya kecuali terhadap suami atau ayahnya." (an-Nur: 31) 

Kesemua jenis berpakaian yang disebut tadi adalah diharamkan secara sepakat seluruh Ulama Islam. Pengarahan ini tertuju kepada perempuan-perempuan mu'minah, 
dimana mereka dilarang keras membuka atau menampakkan perhiasannya yang seharusnya disembunyikan, misalnya: perhiasan telinga (anting-anting), perhiasan rambut (sanggul); perhiasan leher (rantai), 
perhiasan dada (belahan dadanya) dan perhiasan kaki (betis dan gelang kaki). Semuanya ini tidak boleh dinampakkan kepada laki-laki lain. Mereka hanya boleh melihat muka dan kedua tapak tangan yang memang ada rukhsah untuk dinampakkan.

Amat jelas dari dalil al-Quran dan al-Hadith bahawa Islam mengharamkan perempuan memakai pakaian yang membentuk dan nipis sehingga nampak kulitnya. Termasuk diantaranya ialah pakaian yang dapat menampakkan bahagian-bahagian tubuh, k
hususnya tempat-tempat yang membawa fitnah, seperti: buah dada, paha, dan sebagainya.

Dalam hadisnya yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah, Rasulullah s.a.w. bersabda:

"Ada dua golongan dari ahli neraka yang belum pernah saya lihat keduanya itu: (l) Kaum yang membawa cambuk seperti ekor sapi yang mereka pakai buat memukul orang (penguasa yang kejam); 
(2) Perempuan-perempuan yang berpakaian tetapi telanjang, yang cenderung kepada perbuatan maksiat dan mencenderungkan orang lain kepada perbuatan maksiat, rambutnya sebesar punuk unta. 
Mereka ini tidak akan boleh masuk syurga, serta tidak dapat akan mencium bau syurga, padahal bau syurga itu tercium sejauh perjalanan demikian dan demikian." (Riwayat Muslim)

Mereka dikatakan berpakaian, karena memang mereka itu melilitkan pakaian pada tubuhnya, tetapi pada hakikatnya pakaiannya itu tidak berfungsi menutup aurat, karena itu mereka dikatakan telanjang, 
karena pakaiannya terlalu tipis sehingga dapat memperlihatkan kulit tubuh, seperti kebanyakan pakaian perempuan sekarang ini. ( Al-Halal Wal Haram Fil Islam, Dr Yusof Al-Qaradawi)

‘Bukhtun' adalah salah satu macam daripada unta yang mempunyai kelasa (punuk) besar; rambut orang-orang perempuan seperti punuk unta tersebut karena rambutnya ditarik ke atas.

Disebalik keghaiban ini, seolah-olah Rasulullah melihat apa yang terjadi di zaman sekarang ini yang kini diwujudkan dalam bentuk dandanan rambut, dengan pelbagai macam bentuk dalam salon-salon kecantikan, 
lebih parah pula apabila kaum lelaki pula yang bekerja di salon seperti ini.

Larangan Nipis...!

Saidatina Aisyah r.a meriwayatkan, saudaranya iaitu Asma' binti Abubakar pernah masuk di rumah Nabi dengan berpakaian jarang sehingga tampak kulitnya. Kemudian baginda SAW berpaling dan mengatakan:

"Hai Asma'! Sesungguhnya seorang perempuan apabila sudah haidh (cukup umurnya), tidak patut diperlihatkan tubuhnya itu, melainkan ini dan ini -- sambil ia menunjuk muka dan dua tapak tangannya." (Riwayat Abu Daud)

Walaupun terdapat perawi lemah dari hadis, tetapi diperkuat dengan hadis-hadis lain yang membolehkan melihat muka dan dua tapak tangan ketika diyakini tidak akan membawa fitnah.

Dr Yusof Al-Qaradawi menegaskan bahawa melihat secara normal kepada wanita atau lelaki, kepada selain aurat, selama tidak dilakukan dengan syahwat dan berulang-ulang, hukumnya adalah halal. (Al-Halal Wal Haram Fil Islam)

KESALAHAN KESEMBILAN : Bertudung tetapi menaiki motor sambil menayangkan betis sepanjang jalan.

Diriwayatkan dalam sebuah Hadith :-

يرحم الله المتسرولات

Ertinya : Allah sentiasa merahmati para wanita yang memakai seluar panjang (di sebelah dalamnya) (Riwayat Al-‘Uqayli, Dar Qutni dari Abu Hurairah, Musannaf Abd Razak, no 5043; Kanzul Ummal, no 41245) .

Menurut Imam Mujahid, hadith ini berlaku di satu ketika ada seorang wanita jatuh dari kenderaannya sehingga terselak kainnya di hadapan Nabi dan para sahabat, maka dengan segera Nabi SAW memalingkan wajahnya, 
maka para sahabat berkata dia (wanita itu) memakai seluar. Lalu sebagai respond Rasulllah SAW memuji dan menyebut hadith di atas. ( Al-Bayan wa At-Ta'rif, Ibn Hamzah al-Husyani, 3/ 252, no 1831)

Berdasarkan dalil ini juga, bermakna Allah sentiasa melaknati wanita yang tidak berseluar panjang (di sebelah dalamnya) semasa naik kenderaan. Demikian menurut kaedah Mafhum Mukhalafah di dalam ilmu Usul Fiqh.

KESALAHAN KESEPULUH : Bertudung dan sempurna penutupan aurat tubuhnya tetapi memanja-manjakan suaranya ketika berinteraksi dengan lelaki. Samada menyanyi mahupun bernasyid. Tiada dakwah yag sesuai buat wanita menerusi nyanyian kerana sesaat sahaja ia berada di atas pentas dengan pakaian canggihnya, 
seribu mata lelaki yang memandangnya..kita tidak tahu dimanakah mata lelaki itu memandang. Suaranya yang merdu juga membuatkan lelaki yang rosak hatinya akan dibuai nafsu, walaupun penasyid wanita itu sedang mendendangkan lagu ketuhanan.

Larangan ini datang dari Firman Allah SWT : "Janganlah perempuan-perempuan itu berlaku lemah dengan perkataannya, sebab akan menaruh harapan orang yang dalam hatinya ada penyakit." (al-Ahzab: 32)

TUJUAN TUNTUTAN MENUTUP AURAT

Berdasarkan dalil Al-Quran dan al-Hadith, amat jelas bahawa isu aurat bukanlah isu remeh dan cabang. Ia adalah termasuk dalam katergori hukum qati'e dan usul. Malah ia juga merupakan salah satu dosa utama yang amat diperjuangkan oleh Syaitan. 
Ini adalah kerana, dengan terbukanya aurat, maka ia boleh mencambahkan dosa-dosa lain seperti zina, mengandung anak luar nikah, bercerai suami isteri akibat curang, membunuh anak luar nikah, putusnya hubungan keluarga dan pelbagai lagi. 
Perihal Syaitan mensasarkan dosa 'buka aurat' ini sebagai dosa pilihan utamanya ada disebutkan dalam Al-Quran dari firman Allah ertinya :-

" Maka Syaitan membisikkan fikiran jahat kepada keduanya untuk menampakkan kepada keduanya yang tertutup dari mereka iaitu auratnya .." Al-A'raf : 20)

Ringkasnya, antara tujuan utama diwajibkan umat Islam lelaki dan wanita untuk menutup aurat adalah :-

a) Perbezaan dengan binatang.

Allah SWT berfirman :

" Wahai anak Adam, telah kami turunkan buat kamu pakaian yang boleh menutup aurat-aurat kamu dan untuk perhiasan" ( Al-A'raf : 26)

Amat jelas dari ayat ini, penutupan aurat ditujukan kepada sesiapa sahaja yang termasuk dalam kategori anak Adam iaitu manusia. Justeru barangsiapa yang berpaling dari arahan ini, 
secara langsung ia menjatuhkan tahapnya selari dengan binatang yang tiada cukup kemampuan dan aqal bagi menjalankan arahan penutupan aurat.

b) Agar kaum wanita tidak disakiti

Ia berdasarkan ulasan yang telah saya buat sebelum ini bersandarkan firman Allah SWT dari surah Al-Ahzab ayat 59.

c) Tanda atau seperti uniform kepada penganut agama Islam.

Ia juga boleh difahami dari surah Azhab ayat 59 tadi apabila Allah SWT menyebut : « .. yang demikian itu lebih memastikan mereka agar dikenali (sebagai wanita Islam).. »

Dari sini jelas, menunjukkan salah satu fungsi tutupan aurat juga adalah sebagai syiar diri sebagai penganut Islam. Firman Allah : « Barangsiapa yang membesarkan syiar Allah maka ia adalah dari tanda ketaqwaan hati »



d) Tanda profesionalism dalam sistem pemakaian Islam. Kita dapat memerhati bagaimana ‘trend' sesebuah organisasi atau restoran hebat hari ini pasti meletakkan ‘dress code' tertentu bagi kakitangannya dan para tetamunya. 
Ia pastinya bertujuan penjagaan standard khas bagi organisasi dan restoran itu di tahap tertentu. Sebagai contoh, kita tidak akan dapat melihat individu berselipar Jepun di sebuah Persidangan Antarabangsa di PICC, 
Putrajaya mahupun di kalangan kakitangan PETRONAS di pejabat mereka di Menara Berkembar. Semua menjaga ‘standard' berbanding Tauke kedai runcit yang tidak beruniform.

Justeru, Islam adalah satu agama dan cara hidup yang profesional pastinya begitu lengkap menyediakan panduan melengkapi setiap sudut kehidupan manusia. 
Dari hal-hal yang sulit seperti urusan di dalam tandas hinggalah ekonomi dan kenegaraan. Walaupun demikian, Islam tidak mengarah umatnya membuat perkara yang tidak rasional, justeru, 
sudah tentu ‘standard' pemakaian yang diletakkan ini tidak membebankan bahkan ia amat bertepatan dengan logik aqal manusia yang sihat.

e) Sebagai ujian bagi manusia untuk melihat tahap ketaatan mereka kepada Allah SWT.

Saya kira hal ini amat jelas, dari firman Allah ertinya : Dijadikan hidup dan mati adalah untuk menguji siapakah yang terlebih baik amalannya" (Al-Mulk : 2)

DON'T JUDGE A BOOK BY ITS COVER

Ungkapan ini kerap saya dengari, saya yakin anda juga mungkin kerap mendengarnya. Kata-kata dari wanita yang tidak menutup aurat yang sering mendakwa bahawa hatinya baik dan suci walaupun ia berpakaian seksi serta mendedahkan aurat.

"Orang wanita bertudung pun banyak yang jahat hari ini, berzina, khalwat dan macam-macam lagi" Katanya memberi buah fikirannya.

"Malah, kami juga baik, kami tak kacau orang, tak mengumpat dan buat benda-benda tak elok" tambah wanita ini lagi.

Benarkah hujjah mereka?. Benarkah penampilan luaran tidak terpakai di dalam Islam ?. Ada juga yang sudah semakin ‘advance' hujahnya lantas berhujjah dengan sebuah maksud hadith Nabi yang sohih iaitu :

"Sesungguhnya Allah tidak melihat kepada tubuh, rupa luaran dan harta kamu, tetapi melihat kepada hati dan amalan kamu" (Riwayat Muslim)

Simpati bercampur kesal saya mendengar bagaimana terdapat orang yang sewenangnya berhujjah dengan hadith untuk menyokong nafsunya. Hanya digunakan Islam dalam hal yang selari dengan kehendaknya sahaja.

"Seorang pekerja yang dijumpai oleh majikannya sedang bermain ‘game' semasa waktu kerjanya sedangkan dokumen yang dipinta si boss masih tidak disiapkan, lalu si majikan berkata: "Macam mana kamu nak cemerlang dalam kerja kalau begini sikap kamu?"

Lalu jawab si pekerja : " Saya luaran je nampak main ‘game' boss, tapi hati saya ikhlas dan saya kerja dengan cemerlang."

Adakah anda rasa si boss boleh menerima cakap pekerjanya itu ?. Adakah Allah SWT boleh mengganggap hati seseorang itu suci dan baik dengan melanggar perintahNya ?

Hakikatnya, sesuatu untuk baik dan suci mestilah ditentukan mengikut neraca Allah dan RasulNya, bukannya neraca pemikiran kita semata-mata. Jika merujuk kepada neraca Islam, Nabi SAW pernah bersabda ertinya :

"Ketahuilah, bahawa di dalam diri anak Adam itu ada seketul daging, yang bila ianya baik maka baik seseorang itu, dan apabila buruk, buruklah amalan seseorang itu, ketahuilah, ia adalah hati" (Riwayat Muslim)

Berdasarkan hadith ini, menurut neraca Islam kebaikan hati seseorang boleh dilihat di peringkat pertamanya dari tindak tanduknya. Ertinya, bila tindakannya sentiasa menyalahi kehendak dan hukum yang diletakkan Islam, ia adalah tanda kekotoran hatinya. 
Jika tindakan luarannya pula bertepatan dengan kehendak Islam, maka adalah harus ianya dianggap baik pada peringkat pertama iaitu neraca luaran orang ramai, adapun baik di peringkat kedua adalah samada hatinya bertujuan kerana Allah ata selainnya seperti sekadar menunjuk-nunjuk sahaja.

Justeru, 'we can judge a book by its cover in certain cases' iaitu apabila perkara asas Islam dilanggar, maka sudah tentu ‘that cover is reflecting what's inside the heart of a person'.

Menghukum berdasarkan yang zahir ini bertepatan dengan hadith :

إنما أنا بشر , وإنكم تختصمون إلىّ , ولعلّ بعضكم أن يكون ألحن بحجته من بعض , فأقضي بنحو ما أسمع , فمن قضيت له من حق أخيه شيئاَ فلا يأخذه , فإنما أقطع له قطعة من النار

Ertinya : Sesungguhnya aku hanya manusia, dan kamu sentiasa membawa kes pertikaian untuk di selesaikan olehku, dan mungkin sebahagian kami lebih cekap berhujjah dari sebahagian lainnya, maka aku telah memutuskan hukuman berdasarkan apa yang kudengari sahaja. 
Barangsiapa yang telah ku jatuhi hukuman dan hukuman itu mengambil hak yang lain (akibat kurang cekap pihak yang benar dalam berhujjah), maka jangalah kamu mengambilnya, sesungguhnya ia bakal menjadi sepotong api neraka" 
(Riwayat Abu Daud, Tirmidzi dan lain-lain ; Rujuk Naylul Awtar, 8/632, no 3920 )

Hadith ini dengan jelas menunjukkan seorang hakim dalam Islam akan membuat hukum berdasarkan info dan bukti zahir yang diberikan. Demikian juga dalam kes penutupan aurat, tanpa menutupnya adalah tanda keingkaran hati terhadap arahan Allah. 
Mana mungkin hati begini boleh dianggap baik oleh Islam.

Kaum wanita perlu menyedari bahawa dengan pembukaan auratnya, setiap lelaki yang melihatnya akan memperoleh dosa setiap kali ia memandang. Tetapi yang beratnya adalah si wanita bukan mendapat satu dosa bagi kesalahan itu, 
tetapi juga meraih setiap dosa semua lelaki yang memandangnya. Bayangkanlah berapa banyak dosa yang diperolehi hanya dengan pembukaan aurat di satu hari. Ia berdasarkan sabda Nabi SAW,

من سن في الإسلام سنة سيئة فعليه وزرها ووزر من عمل بها من غير أن ينقص شيئاً

Ertinya : Sesiapa yang mempelopori sesuatu yang buruk, maka ke atasnya dosa dan dosa setiap orang yang membuatnya tanpa sedikit kurang pun dosanya.." ( Riwayat Ahmad dan lain-lain : Sohih )

Termasuklah dalam erti mempelopori, apabila seseorang itu mempelopori pembukaan auratnya di hari itu, yang menyebabkan lelaki melihatnya mendapat dosa. Pastinya, si wanita itu juga mendapat dosa tanpa kurang bagi setiap mata yang memandang. 
Adakah hati orang sebegini boleh dikira baik ? setelah gunungan dosa mengaratkan hatinya ?.

Sesungguhnya Allah itu Maha Adil dan Maha Pengasih. Segeralah mendapatkan kasih sayang Allah dengan mentaatinya. Bagi yang berdegil, tiada kata yang dapat diberikan kecuali ; Yakinilah bahawa Allah itu benar, RasulNya juga benar, Syurga dan Neraka juga benar. 
Jika mempercayainya maka mengapa tindakan masih seolah meraguinya ??? 

Rantaian Kefasikan ‘Print Screen’ yang Membinasakan

Rantaian Kefasikan ‘Print Screen’ yang Membinasakan

Tribute to Ahmad Ammar - BINTANG SYURGA Raqib Majid ft. UNIC

Saat seorang syahid pergi meninggalkan dunia,
dia sudah menunaikan janji pada Tuhan Yang Maha Esa...
Sebuah Kematian Yang Akan Menghidupkan Jiwa-Jiwa Yang MATI!!!

TORONTO REACTS TO IMAGES FROM SYRIA

Mujahidin Yang Merindukan SYAHID!

Persidangan Ulama Ummah Bagi Membantu Syria

 
ulamak ummah
Setiausaha Agung ” Persatuan Ulama-Ulama Islam “, Dr Safwat Hijazi MENGUMUMKAN di “Persidangan Ulama Ummah bagi Membantu Syria” mengumumkan keputusan himpunan ulamak dunia (ulamak ummah)
Point penting:
1) Iran penyembah agama majusi (penyembah api) membantu bashar dan tenteranya membunuh ummat islam syria.
2) Amerika, eropah dan rusia serta lainnya telah dihantar surat oleh ulamak ummah meminta penjelasan, tetapi tiada respond pembelaan
3) Lubnan oleh tentera hizb syaitan tidak mengucapkan kalimah “ lailaha illah “ dan mengishtiharkan perang terhadap sunni di Syria, memerangi umat islam terutama Syria, mereka (hizb syaitan)wajib di perangi
4) Kerajaan bashar asad, tenteranya dan pengikutnya juga tidak mengucap kalimah syahadah “ lailaha illah “ (bahkan mereka mengaku bashar adalah tuhan mereka ), memerangi rakyat mukmin syria. Mereka adalah sesat dan wajib di perangi
5) Barat dan eropah tidak membantu, membiarkan penyembelihan beramai-ramai hingga begitu lama di Syria.
6) Dibawah naungan Ulamak Ummah, telah menyalurkan bantuan ketenteraan, senjata dan lainnya lebih dari setahun yang lepas.
INTIPATI UCAPAN WAKIL ULAMA UMMAH OLEH SETIA USAHA AGUNG ULAMA UMMAH, DR. SAFWAT HIJAZI, TENTANG PENDIRIAN ULAMA UMMAH (HIMPUNAN ULAMA DUNIA YANG BERLANSUNG DI KAHERAH BARU-BARU INI) MENYATAKAN PENDIRIAN:
“Selamat datang ke misr (mesir) negeri yang baik,negeri yang bebas,misr islam, misr ahli sunnah.aku ingin menyatakan ulamak ummah sentiasa memandang penting isu ini, dan memustuskan keputusan “ Jihad”.. muktamar ini membangun asas kesatuan,dan himpunan dan pengasas asas tentera untuk menentang tentera suria/syria (basher asad),tentera yang zalim dan penuh dosa dan kafir,masuk islam tanpa mengucap kalimah syahadah, dan keluar memerangi (umat islam)dengan penuh kesesatan. Hizb teroris dan tentera sekutu bashar hizb syaitan iran dlln,adalah mereka kesatuan zalim penuh dosa dan kafir, dan mereka yang bernama Hizbullah teroris (yang sebenarnya Hizb syaitan), memasuki negara suria/Syria,masuk islam tanpa menyatakan “ la ilaha illah (mengucap) “ dan mereka keluar berperang dalam penuh kesesatan.. umum ketahui tentang kezaliman dan kesesatan mereka dan ape yang mereka perbuat.
 himpunan ulamak dunia
ketahuilah semua, Jihad sekarang adalah wajib dan fardhu. Seperti mana yang diperkatakan seluruh ulamak kita, aku tidak mengatahui,Mengapa kita tidak memandang bahawa perlu menubuhkan battalion islam? Mengapa tidak kita memandang dengan nama battalion islam, dengan nama ulamak sunnah, dibawah nama kesatuan ulamak muslimin dunia, dengan nama kesatuan ulamak sunni dunia. Aku tidak tahu, mengapa ditentang? mengapa perlu ditentang kesatuan ulamak ini, kami tidak memahaminya !! untuk awalnya, kami dibawah ulamak ummah untuk permulaannya, akan menghantar satu battalion ulamak ummah ke Syria. Ini adalah suara ulamak sunnah (yang telah berhimpun) Kami ahli sunnah tidak hanya memberi semangat atau pandangan, akan tetapi kami akan turun, mengapa tiada ijtihad tentang isu ini (sebelum ini oleh dunia islam). Lubnan dengan ketua mereka (hizbu syaitan) dengan pakar-pakar mereka menghantar tentera. Mengapa kita dibawah ulamak islam tidak menghantar tentera melawan mereka? kami akan memasuki Syria dengan nama tentera ALLAH. Berjihad di Syria sekarang adalah wajib, saat ini..
Seterusnya, buat seluruh kerajaan islam, Negara arab seluruhnya.Seperti yang diperkatakan oleh syikh ulamak dunia (syikh yusuf qardawi) yang telah menghantar surat ke amerika dan eropah dan juga rusia, mengapa? Kita mendapati mereka , mana kerajaan arab!!!
IRAN INI ADALAH PENYEMBAH YANG SESAT AGAMA MAJUSI (PENYEMBAH API) MENGIKLANKAN SECARA TERANG-TERANGAN PENENTANGAN TERHADAP ISLAM DAN SUNNI,DAN MENGHANTAR TENTERA/PEMBUNUH MEREKA KE SANA, DAN SENJATA MEREKA KESANA (SYIRIA)… DAN MENGAPA KITA TIDAK MENGHANTAR TENTERA DUNIA ISLAM KITA? MENGAPA DUNIA ISLAM TIDAK MENGHANTAR TENTERA DAN BANTUAN? MEMBANTU UMAT ISLAM SYRIA.MENGAPA KITA MENANTI BARAT MENYELESAIKAN ISU INI? MENGAPA KERAJAAN DUNIA ARAB TIDAK MENYELESAIKAN ISU INI? MENGAPA KITA MENANTI SAHAJA MEREKA MENYEMBELIH SAUDARA-SAUDARA KITA DI SANA? MENGAPA KITA TIDAK MENDENGAR KERAJAAN ARAB DAN ISLAM MEMBANTU MENENTANG KEZALIMAN KERAJAAN BASHAR?! DAN KEDUTAAN-KEDUTAAN KITA MENYATAKAN SOKONGAN TERHADAP RAKYAT SYRIA? MENGAPA KITA TIDAK MENDENGAR (SUARA-SUARA KERAJAAN ISLAM DALAM ISU INI)? APA YANG KITA TUNGGU? SELURUH RAKYAT DISANA SEDANG DISEMBELIH !!!
kesatuan yang telah berhimpun ini menyeru, menyatakan kesatuan ini menubuh tentera dibawah nama ulamak muslimin, kerana kita berpandangan berjihad (qital) dan penubuhannya adalah wajib, dan satu kefarduan, seperti yang diperkatakan oleh seluruh ulamak kita.. dan kami berpandangan mengapa kami berpandangan perlunya tentera, adanya nama tentera dibawah ulamak dunia ini? Dibawah kesatuan ulamak dunia ini? Peringkat awalnya, kita hantar liwak/battalion ulamak ke syiria.
Di lubnan mereka menghantar tentera (hizbu syaitan) dan mengapa kita tidak menghantar bantuan ke atas ummat islam yang memerlukan bantuan.. kami memandang, mengapakah kita tidak membantu mereka? Maka kita bantu.. dan seperti pandangan syikh yusuf qardawi, menyatakan risalah telah dihantar kepada amerika,rusia dan lain=-lain mengapa mereka berbuat demikian.. mana Negara arab.. mengapa Negara-negara islam tidak menghantar bantuan keatas umat islam di Syria? Mengapa kita tidak mendengar dunia arab membantu? Wallahi…. Ape yang kita bawa ini adalah pembaharuan di Syria, membela yang haq. Dan kita akan menentang dan membunuh kebatilan.
Allah maha mengatahui pengorbanan mereka yang terkorban membela kebenaran.. Kami menyeru seluruh ulamak, semua kesatuan ulamak, kepada penubuhan battalion tentera islam ke suria/Syria. kita tidak memerlukan bantuan di Syria dengan bantuan air, susu, ubatan dan lain-lain.. tetapi kita memerlukan tenaga untuk berjihad dengan memegang senjata yang pelbagai, dan peluru.. dan kami didalam kesatuan ulamak ummah ini,tidak takut,kami ingin menyatakan kami menghantar senjata lebih setahun ke syiria membantu umat sunni, kami menghimpun senjata dan harta membantu umat islam Syria.. ini adalah suara kesatuan ulamak sunnah.. “
NEGARA YANG SEDANG MENGUMPUL TENTERA HASIL DARI SERUAN ULAMA UMMAH:
1) Muktamar Ulama Se-Indonesia telah bersetuju membentuk satu pasukan ‘Sejuta Sukarelawan’ yang akan pergi berjihad di Syria.
2) Manakala Mesir pula tidak akan mengenakan apa-apa tindakan bagi rakyatnya yang telah pergi berjihad di Syria.
3) Seorang jutawan muda di Qatar telah bersedia untuk menjadi sponsor kepada 50 orang mujahidin dari negara tersebut untuk pergi berjihad di Syria.
4) Sementara di Algeria pula, ribuan pemuda Islam telah mendaftarkan nama mereka untuk berangkat ke Syria berjihad di sana.

Friday, July 25, 2014

Wuduk

Saturday, July 19, 2014

Masjid ...Mukmin Sebati Dengan Dirinya

Ayuh Pemuda ! Imarahkan Masjid !

Lakukan dengan senyuman ^_^
Ingat lagi tak suasana ketika malam solat tarawih?
Alhamdulillah.. masjid penuh! Penuh dengan manusia.
Saat azan isya’ berumandang, berpusu-pusu manusia datang untuk solat berjemaah. Terlalu ramai. Sehingga Ahli Jawatan Kuasa masjid terpaksa menyediakan beberapa buah khemah untuk menampung pertambahan ahli jemaah.
Jangan hairan, tempat letak kenderaan pun tidak cukup. Penuh. Mahu tidak mahu, ada yang terpaksa parking kereta jauh di bahu jalan.
Seronok juga rasanya melihat pasangan suami isteri yang berjalan seiringan bersama dengan anak-anak mereka. Ada yang datang dengan keluarga, dengan jiran, dengan kawan-kawan, tidak kurang juga yang datang seorang diri. Masing-masing bersemangat mahu mengimarahkan masjid.
Fuuhhh.. Suasana di masjid ketika itu cukup indah. Tua, muda, miskin dan kaya semuanya berhimpun di rumah Allah. Masing-masing bersalaman dan bertanya khabar sebelum dan selepas solat. Malah ramai juga yang mendapat kenalan baru.
Allahuakbar.. Alangkah indahnya suasana itu. Terserlah kesatuan dan kekuatan umat Islam. Sebagai seorang muslim yang mengimpikan kembalinya kegemilangan Tamadun Islam zaman Khulafa’ Ar-Rasyidin, sudah pasti akan tersentuh hati dan tersenyum melihat umat Islam datang memenuhi masjid. Ya.. Itu sudah pasti..
Namun.. sayang seribu kali sayang. Suasana itu hanya ada pada bulan Ramadan.
Kini? Pada bulan ini? Apa sudah jadi dengan masjid?
Sunyi.Sepi..
Ya.. masjid kembali sunyi. Hanya yang rajin pergi ke masjid sahaja yang perasan akan kekurangan ini. Tidak percaya? Datanglah ke masjid. Buka mata seluas-luasnya dan saksikan sendiri.
Cukup menyedihkan. Terharu rasanya. Hanya dua, tiga atau empat saf sahaja yang penuh. Itu kira OK lagi. Kadang-kadang satu saf pun belum tentu penuh. Lebih-lebih lagi pada waktu subuh. Adapun yang datang, kebanyakannya orang-orang tua. Orang muda entah ke mana.
Arghh.. mengapa begini? Mengapa masjid tidak lagi meriah selepas Ramadan?
Seolah-olah apabila tiba bulan Ramadan, masjid akan dipenuhi dengan longgokan emas. Lalu ramailah manusia datang berebut-rebut mahu mengambil emas itu. Apabila Ramadan sudah habis, emas di masjid pun turut habis. Maka tidak ramai lagi yang datang ke masjid.
Adakah begitu? Benarkah begitu sikap umat Islam sekarang?
Hanya beramal mengikut musim? Hanya beramal kerana ganjaran pahala yang berganda-ganda?
Aduhh.. jangan.. Mudah-mudahan diri kita bukan begitu..
Sedarlah bahawa Allah SWT sangat menggalakkan kita untuk solat berjemaah. Bukan sekadar solat berjemaah untuk solat sunat tarawih sahaja, bahkan untuk solat fardhu yang lain. Bukankah solat fardhu yang diwajibkan itu lebih utama berbanding solat sunat? Ya.. dan sudah pasti ganjaran bagi orang yang mengerjakan solat fardhu berjemaah tentu lebih besar disisi Allah.
Ramadan itu bulan tarbiyah. Bulan mendidik kita betapa solat berjemaah di Masjid itu sangat digalakkan dalam Islam. Dan berharap agar didikan itu sentiasa istiqamah walau di bulan berada di bulan lain. Bukan hanya sekadar memenuhi saf semasa di bulan Ramadan sahaja.
Kalau orang mukmin, peribadi mereka berbeza sedikit. Mereka tidak beramal kerana ganjaran pahala. Ganjaran banyak atau sikit, besar atau kecil, bagi mereka semua itu adalah bonus. Apa yang mereka kejar hanyalah cinta kasih dan redha daripada Allah.
Tapi.. ramai yang tidak mengerti. Belum memahami agaknya. Ramai yang merasa rugi terlepas solat sunat taraweh tetapi tidak pula merasa rugi terlepas solat fardhu berjemaah.
Sebenarnya, pelik juga apabila seseorang itu mampu untuk datang ke masjid melakukan solat sunat sebanyak lapan atau 20 rakaat tetapi tidak mampu untuk datang solat fardhu yang hanya 4 rakaat. Cuba fikir-fikirkan… Pelik bukan? Memang pelik..
Semasa bulan Ramadan kita ada masa untuk pergi ke masjid, tapi.. pada bulan-bulan yang lain, tiba-tiba pula tidak ada masa. Inipun pelik juga.. Mengapa begitu? Seakan-akan fungsi masjid hanya berjalan pada bulan Ramadan.
Masjid bukan di bina hanya khusus untuk solat tarawih sahaja. Tetapi masjid adalah pusat ibadah harian yang menghimpun hamba-hambaNya untuk sama-sama sujud kepadaNya tidak kira pada bulan Rejab, Sya’ban, Ramadhan, Syawal atau bulan-bulan lain.
Allah ‘Azza Wa Jalla menyatakan;
“Dan laksanakanlah solat, tunaikanlah zakat dan ruku’lah kamu bersama orang-orang yang ruku’ ”
(Surah al-Baqarah ayat 43)
Di mana tempat yang sesuai untuk umat Islam sama-sama ruku’ kepadaNya? Tentulah di masjid.
Masjid bukan sebarang tempat. Selain untuk solat berjemaah, masjid juga merupakan tempat berkumpul bagi orang-orang yang beriman kepada Allah dan hari Akhirat. Hebat bukan?
Masjid menjadi tempat berhimpun bagi orang-orang yang tidak takut kepada apa-apa selain kepada Allah. Masjid juga menjadi pusat berhimpun bagi orang-orang yang mengharapkan hidayah Allah.
Allah yang nyatakan sedemikian;
“Sesungguhnya yang memakmurkan masjid-masjid Allah hanyalah orang-orang yang beriman kepada Allah dan hari kemudian, serta tetap mendirikan solat, menunaikan zakat dan tidak takut (kepada sesiapapun) selain kepada Allah. Maka mudah-mudahan mereka termasuk dalam golongan orang-orang yang mendapat hidayah.” 
(Surah at-Taubah ayat 18)
Nampak? Cukup jelas bukan? Memang hebat peranan masjid. Sememangnya masjid adalah kilang untuk melahirkan insan-insan yang berkualiti di sisi Allah. Membentuk peribadi yang hebat di dunia, hebat juga di akhirat.
“Sampai macam tu sekali?”
Ya.. Belum cuba belum tahu. Kalau betul kita hendakkan kekuatan dan hidayah daripada Allah, rajin-rajinlah datang ke masjid. Solat berjemaah dan cuba makmurkan masjid bersama-sama. Gagahkan diri selalu. Jangan layan nafsu malas. Hadiri kuliah ilmiah yang dijalankan, dan rapatkan ukhwah sesama ahli jemaah. Sama-samalah kita istiqamah.
Yang paling penting, ajak ahli keluarga, sanak saudara, jiran tetangga dan rakan-rakan kita bagi mencintai dan merindui rumah Allah dengan mengimarahkannya. Jadikan suasana pada malam-malam Ramadan berlaku pada malam yang lain. Biar hati kita terikat dengan masjid. Mudah-mudahan kita berpeluang untuk mendapat naungan istimewa pada hari akhirat nanti sepertimana yang disebutkan oleh Rasulullah SAW;
“Tujuh golongan manusia yang akan diberi perlindungan oleh Allah dalam naunganNya pada hari yang tiada naungan melainkan perlindungan Allah itu sendiri iaitu: (antaranya) Pemuda yang sentiasa terpaut hatinya dengan masjid.”
(Riwayat Abu Daud, Tirmidzi dan Ibnu Majah)
Sahabat-sahabat semua.. Mahukah masuk dalam golongan yang bertuah itu?
Pasti mahu bukan? "Saya Mahu."
Maka apabila azan berkumandang, berhentilah memegang tetikus. Berhentilah menatap skrin komputer, iPad atau iPhone. Berdiri kuatkan diri, dan terus melangkah ke masjid. Jangan lupa senyum dan set dalam diri..
” Aku hamba Allah! Bukan hamba dunia!
Aku ada misi hidup! Aku mahu berjaya hingga ke Akhirat!"

DOA ANAK YANG SOLEH ^_^

DOA ANAK YANG SOLEH ^_^

Ya Allah, sayangilah kedua orang tua kami
Ampuni ,rahmati dan redhailah mereka.

Ya Allah,ampunilah mereka dengan keampunan yang menyeluruh yang dapat menghapuskan dosa-dosa mereka yang lampau dan perbuatan teruk yg mereka terus lakukan

Ya Allah, berbuatlah baik kepada mereka sebanyak kebaikan mereka kepada kami setelah dilipat gandakan dan pandanglah mereka dengan pandangan kasih sayang sebagaimana mereka dahulu memandang kami

Ya Allah, berilah mereka hak rububiah yang telah mereka sia-siakan kerana sibuk mendidik kami .Maafkanlah segala kekurangan mereka dalam mengabdi kepada-Mu kerana mengutamakan kami. Maafkanlah mereka atas segala dosa,maksiat dan syubahat yang mereka jalani dalam usaha menghidupkan kami.

Ya Allah berilah bahagian ganjaran dari dari ketaatan yang Engkau hidayahkan kepada kami,kebaikan yang Engkau mudahkan bagi kami,
dan taufiq yang telah mendekatkan kami kepada-Mu.

Ya Allah jangan bebankan kepada mereka segala dosa dan kesalahan yang kami lakukan dan tanggungjawab yang kami abaikan. 
Dan janganlah tambahkan dosa kami ke atas dosa mereka.

Jadikanlah lubang kubur mereka daripada taman-taman syurga.

Jauhkan lubang kubur mereka daripada salah satu lubang-lubang api neraka.

Ya Allah lemah lembutlah kepada mereka mereka yang berbaring di kubur dengan kelembutan yang melebihi lemah lembut mereka kepada kami di masa hidup mereka.

Ya Allah janganlah sampaikan kepada mereka berita tentang kami yang mengecewakan mereka dan jangan bebankan dosa kami kepada mereka. 
Jangan hinakan mereka di hadapan pasukan kematian,malaikat Munkar dan Nakir dengan perbuatan-perbuatan   mungkar dan hina yang kami lakukan.

  Senangkanlah roh mereka dengan amal-amal kami di tempat pertemuan para arwah,ketika orang soleh bergembira dengan putera-puteri mereka yang soleh. Janganlah jadikan mereka ternoda oleh perbuatan buruk kami.

Ya Allah jadikanlah kami penyejuk hati mereka pada hari berdirinya para saksi.
Dan jadikanlah mereka orang-orang yang paling cemburu dengan keberhasilan anak-anak mereka sehingga Engkau kumpulkan kami,mereka dan seluruh kaum muslimin di negeri kemuliaan-Mu,tempat menetapnya rahmat-Mu, dan tempat para wali-Mu bersama 
orang-orang yang Engkau beri kenikmatan,= para nabi,shiddiqin,syuhada dan solihin,mereka itulah sebaik-baiknya teman.

Demikianlah kurnia dari Allah dan Allah Maha Mengetahui! 
Selawat dan salam semoga dilimpahkan Allah kepada junjungan kami Nabi Muhammad SAW
 dan keluarganya serta para sahabat baginda.
 

Thursday, July 17, 2014

This is my story ( A Syrian boy ) قصة طفل سوري

Labels:

SOLAT SUNAT HAJAT ^_^


SOLAT HAJAT (Insya-Allah dimakbulkan doa)

Solat sunat Hajat ialah solat yang ditunaikan untuk memohon sesuatu hajat atau menolak sesuatu keburukan.
Rasulullah SAW bersabda:
Sesiapa yang mempunyai hajat kepada Allah SWT atau kepada seorang manusia, maka hendaklah ia berwuduk dengan sebaik-baiknya kemudian dia bersolat dua raka’at.    (Riwayat At-Tarmizi)

Imam Ahmad meriwayatkan dengan sanad shahih dari Abu Darda’ bahawa Rasulullah SAW bersabda:
Sesiapa berwudhuk dan menyempurnakannya, kemudian solat dua raka’at dengan sempurna, nescaya Allah memberikan apa saja yang dimintanya, sama ada cepat ataupun lambat.

Apakah  tujuan sebenar kita menunaikan solat hajat.??? ( o_0)

Tujuannya ialah :
  • Untuk mendekatkan diri kepada Allah
  • Untuk memohan hajat untuk diri atau orang lain
  • Mendidik jiwa redha dengan ketentuan Allah
  • Mengakui kelemah diri

CARA MENUNAIKAN SOLAT SUNAT HAJAT 

1. Lafaz niat solat sunat hajat ialah :
solat sunat hajat
Maksud: Sahaja aku solat sunat hajat dua rakaat kerana Allah taala

2. Pada rakaat pertama baca doa iftitah, surah al-fatihah kemudian baca surah Al-kafirun atau Ayat Al-Kursi (sebanyak 1 kali atau 11 kali).

3. Pada rakaat kedua surah al-fatihah kemudian baca surah Al-ikhlas  (sebanyak 1 kali atau 11 kali).

4.  Sebaik sahaja selesai solat (selepas memberi salam), terus sujud sekali lagi dan bacalah tasbih ini sebanyak 41 kali


Tasbih Hajat
"LA ILAHA ILLA ANTA SUBHANAKA INNI KUNTU MINAZ ZHOOLIMEEN"

Maksudnya: Tiada Tuhan melainkan Dikau (Allah)! Maha Suci Dikau! Sesungguhnya daku ini dari golongan orang yang aniaya.

5. Selepas membaca tasbih tersebut anda berdoalah untuk memohon hajat (masih dalam keadaan sujud)

HAJAT YANG SESUAI DIPOHON
  • Mendapatkan kebaikan di dunia seperti cemerlang dalam peperiksaan. Keamanan dan dimurahkan rezeki.
  • Mendapat kebaikan di akhirat seperti menjadi orang yang istiqamah dalam ibadah.
  • Menjauhi keburukan dunia seperti kegagalan dalam hidup, penyakit, kemiskinan dan sebagainya.
  • Menjauhi keburukan akhirat seperti perbuatan maksiat, mungkar dan sebagainya.