Sunday, October 5, 2014

MARI MENUNAIKAN SOLAT SUBUH BERJEMAAH! ^_^

KELEBIHAN SOLAT SUBUH BERJEMAAH DI MASJID



1. Shalat shubuh memelihara setiap muslim

عن أبي ذر رضي الله عنه قال: قال رسول الله صلى الله عليه وسلم:من صلى الصبح فهو في ذمة الله رواه مسلم.

Rasulullah SAW bersabda, ”Orang yang melakukan shalat shubuh, maka dia berada di dalam perlindungan Allah”. (HR Muslim)

“Sesiapa yang menunaikan solat Subuh, maka dia berada dalam lindungan Allah. Maka jangan cuba cuba membuat Allah membukti janji-Nya. Sesiapa yang membunuh orang yang menunaikan solat subuh Allah akan menuntutnya sehingga Dia akan membenamkan mukanya dalam neraka” (Riwayat Muslim)

Hadis menjelaskan bahawa Allah Taala akan memberi perlindungan bagi mereka yang menunaikan solat subuh berjemaah dan perlindungan dari Allah adalah sebesar-sebesar lindungan

2. Shalat Shubuh Setara dengan Qiyamullail

من شهد العشاء فكأنما قام نصف ليلة, ومن شهد الصبح فكأنما قام ليلة رواه مسلم.

Orang yang ikut shalat Isya’ (berjmaaah), seolah-olah telah shalat setengah malam. Orang yang ikut shalat shubuh (berjamaah), seolah-olah dia telah melaksanakan shalat sepanjang malam (qiyamullail). (HR Muslim)
Solat Subuh berjemaah di Bulan Syawwal mengatasi solat sunnat di malam Ramadan kerana mencari al-Qadar. Ini kerana solat Subuh adalah wajib sedang solat sunnat malam walaupun ia muakkad (amat dituntut) namun statusnya masih lagi sunnat.

Diriwayatkan daripada Muslim daripada Uthman bin Affan berkata, Rasulullah S.A.W. bersabda yang maksudnya:

“Barang siapa yang solat Isyak berjemaah maka seolah-olah dia telah solat setengah malam, barang siapa solat Subuh berjemaah, maka seolah-olah dia telah melaksanakan solat malam satu malam penuh." (Hadis riwayat Muslim)

3. Shalat Shubuh Menyelamatkan Pelakunya daripada Api Neraka

قال رسول الله صلى الله عليه وسلم: لن يلج النار أحد صلى قبل طلوع الشمس وقبل غروبها رواه مسلم

Tidak akan masuk neraka seseorang yang shalat sebelum terbit matahari (shalat shubuh) dan sebelum terbenam. (HR Muslim)

Sabda Rasulullah S.A.W. : “Seseorang mukmin yang mengerjakan solat Subuh selama 40 hari secara berjemaah, akan diberi oleh Allah S.W.T. dengan dua kebebasan, iaitu :

*dibebaskan daripada api neraka
*dibebaskan daripada nifaq(sifat munafik)"


4. Shalat Shubuh Memasukkan Pelakunya ke dalam Syurga

من صلى البردين دخل الجنة

Orang yang melakukan shalat baradain (ashar dan shubuh) masuk syurga

5. Shalat Shubuh Dua Rakaat Lebih Baik dari Dunia dan Segala Isinya
ركعتا الفجر خير من الدنيا ومافيها رواه مسلم

Dua rakaat shalat Fajar (shubuh) nilainya lebih baik daripada dunia dan segala isinya (HR Muslim)

6. Shalat Shubuh Disaksikan oleh Malaikat Malam dan Malaikat Siang

رَوَى التِّرْمِذِيّ عَنْ أَبِي هُرَيْرَة عَنْ النَّبِيّ صَلَّى اللَّه عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فِي قَوْله, ” وَقُرْآن الْفَجْر إِنَّ قُرْآنالْفَجْر كَانَ مَشْهُودًا ” قَالَ: تَشْهَدهُ مَلَائِكَة اللَّيْل وَمَلَائِكَة النَّهَار هَذَا حَدِيث حَسَن صَحِيح.

Abu Hurairah radhiyallahi’anhu meriwayatkan dari nabi SAW tentang ayat [wa quraanal fajri inna quraanal fajri kaana masyhuda]: Shalat shubuh itu disaksikan oleh malaikat malam dan malaikat siang”. (HR Imam At-Tirmizy)

At-Tirmizy mengatakan bahawa riwayat hadits ini hasan shahih.

وَرَوَى الْبُخَارِيّ عَنْ أَبِي هُرَيْرَة عَنْ النَّبِيّ صَلَّى اللَّه عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ: فَضْل صَلَاة الْجَمِيع عَلَى صَلَاة الْوَاحِد خَمْس وَعِشْرُونَ دَرَجَة وَتَجْتَمِع مَلَائِكَة اللَّيْل وَمَلَائِكَة النَّهَار فِي صَلَاة الصُّبْح

Abu Hurairah meriwayatkan bahawa nabi SAW bersabda, ”Shalat berjamaah lebih diutamakan dari shalat sendirian dengan 25 darjat. Malaikat malam dan malaikat siang bertemu dalam shalat shubuh (HR Bukhari)


7. Orang Yang Shalat Shubuh Akan Mendapat Cahaya Terang di Hari Kiamat

قال صلى الله عليه وسلم: بشر المشائين في الظلم إلى المساجد بالنور التام يوم القيامة رواه الترمذي وا بن ماجه

Rasulullah SAW bersabda, ”Berikan kabar gembira kepada orang-orang yang berjalan kaki di kegelapan malam menuju masjid, bahawa mereka akan mendapatkan cahaya terang yang sempurna di hari kiamat”. (HR Tirmizy dan Ibnu Majah)

8. Orang Munafik Merasa Berat dan Malas untuk Shalat Shubuh

وإذا قاموا إلى الصلاة قاموا كسالى يراؤن الناس ولا يذكرون الله إلا قليلا

(Orang-orang munafik itu) bila melakukan shalat, melakukannya dengan malas. Mereka berlaku riya di hadapan manusia dan tidak mengingat Allah kecuali sedikit.

عن أبي هريرة قال قال صلى الله عليه وسلم: ليس صلاة أثقل على المنافقين من صلاة العشاء والفجر ولو يعلمون ما فيهما لأتوهما ولو حبواً رواة الشيخان.

Dari Abi Hurairah radhiyallahu ‘anhu berkata bahawa Rasulullah SAW bersabda, ”Tidak ada shalat yang lebih berat buat orang-orang munafik dari shalat Isya’ dan shalat Shubuh. Seandainya mereka tahu keutaaan keduanya, pastilah mereka akan mendatanginya meski dengan merangkak(HR Bukhari dan Muslim)

وها هو ابن مسعود يقول: لقد رايتنا وما يتخلف عن صلاة الفجر إلا منافق معلوم النفاق

Ibnu Mas’ud radhiyallahu ‘anhu berkata, ”Kami dahulu memandang orang yang tidak ikut shalat shubuh berjamaah sebagai orang munafik dan telah jelas kemunafikannya.

Ibnu Umar radhiyallahu ‘anhu pernah berkata, ”Dahulu kami (para shahabat) bila ada yang tidak datang shalat shubuh dan Isya’ berjamaah, kami berprasangka buruk kepadanya”.

Ibnul Qayyim berkata, ”Tidur di waktu Shubuh akan menghalangi rezeki, kerana waktu shubuh adalah waktu dibagikannya rezeki”.

9. Akan diberkati oleh Allah swt.
Rasulullah S.A.W. mendoakan umatnya yang bergegas dalam melaksanakan solat Subuh, sebagaimana disebutkan dalam hadis:

“Ya Allah, berkatilah umatku selama mereka suka bangun subuh (iaitu mengerjakannya)..”
(Hadis riwayat Tirmidzi, Abu Daud, Ahmad dan Ibnu Majah)

***
Allah S.W.T. berfirman maksudnya:

“Dan bersabarlah kamu bersama-sama dengan orang-orang yang menyeru Tuhannya di pagi dan senja hari dengan mengharapkan keredhaan-Nya, dan janganlah kedua-dua matamu berpaling daripada mereka kerana mengharapkan perhiasan duniawi, dan janganlah kamu mengikuti orang yang hatinya sudah Kami lalaikan daripada mengingati Kami, serta menuruti hawa nafsunya dan adalah keadaannya itu melampaui batas.” (Surah Al-Kahfi ayat : 28)

TANDA-TANDA KEMATIAN BAKAL TIBA!!!

Adapun tanda kematian mengikut ulamak adalah benar dan ujud cuma amalan dan ketakwaan kita sahaja yang akan dapat membezakan kepekaan kita kepada tanda ini.
Rasulallah SAW diriwayatkan masih mampu memperlihat dan menceritakan kepada keluarga dan sahabat secara lansung akan kesukaran menghadapi sakaratulmaut dari awal hinggalah akhirnya hayat Baginda.
Imam Ghazali rahimahullah diriwayatkan memperolehi tanda ini sehinggakan beliau mampu menyediakan dirinya untuk menghadapi sakaratulmaut secara sendirian.
Beliau menyediakan dirinya dengan segala persiapan termasuk mandinya, wuduknya serta kafannya sekali cuma ketika sampai bahagian tubuh dan kepala sahaja beliau telah memanggil abangnya iaitu Imam Ahmad Ibnu Hambal untuk menyambung tugas tersebut.
Beliau wafat ketika Imam Ahmad bersedia untuk mengkafankan bahagian mukanya.
Adapun riwayat -riwayat ini memperlihatkan kepada kita sesungguhnya Allah SWT tidak pernah berlaku zalim kepada hambanya. Tanda yang diberikan adalah untuk menjadikan kita umat Islam supaya dapat bertaubat dan bersedia dalam perjalanan menghadap Allah SWT.
Walaubagaimanapun semua tanda ini akan berlaku kepada orang-orang Islam sahaja manakala orang-orang kafir iaitu orang yang menyekutukan Allah nyawa mereka ini akan terus di rentap tanpa sebarang peringatan sesuai dengan kekufuran mereka kepada Allah SWT.
Adapun tanda ini terbahagi kepada beberapa keadaan :

~ Tanda 100 hari sebelum hari mati.

Ini adalah tanda pertama dari Allah SWT kepada hambanya dan hanya akan disedari oleh mereka-mereka yang dikehendakinya.
Walaubagaimanapun semua orang Islam akan mendapat tanda ini cuma samada mereka sedar atau tidak sahaja.
Tanda ini akan berlaku lazimnya selepas waktu Asar.
Seluruh tubuh iaitu dari hujung rambut sehingga ke hujung kaki akan mengalami getaran atau seakan-akan mengigil.
Contohnya seperti daging lembu yang baru disembelih dimana jika diperhatikan dengan teliti kita akan mendapati daging tersebut seakan-akan bergetar.
Tanda ini rasanya lazat dan bagi mereka sedar dan berdetik di hati bahawa mungkin ini adalah tanda mati maka getaran ini akan berhenti dan hilang setelah kita sedar akan kehadiran tanda ini.
Bagi mereka yang tidak diberi kesedaran atau mereka yang hanyut dengan kenikmatan tanpa memikirkan soal kematian , tanda ini akan lenyap begitu sahaja tanpa sebarang munafaat.
Bagi yang sedar dengan kehadiran tanda ini maka ini adalah peluang terbaik untuk memunafaatkan masa yang ada untuk mempersiapkan diri dengan amalan dan urusan yang akan dibawa atau ditinggalkan sesudah mati.

~ Tanda 40 hari sebelum hari mati

Tanda ini juga akan berlaku sesudah waktu Asar.
Bahagian pusat kita akan berdenyut-denyut.Pada ketika ini daun yang tertulis nama kita akan gugur dari pokok yang letaknya di atas Arash Allah SWT.
Maka malaikatmaut akan mengambil daun tersebut dan mula membuat persediaannya ke atas kita antaranya ialah ia akan mula mengikuti kita sepanjang masa.
Akan terjadi malaikatmaut ini akan memperlihatkan wajahnya sekilas lalu dan jika ini terjadi, mereka yang terpilih ini akan merasakan seakan-akan bingung seketika.Adapun malaikatmaut ini wujudnya cuma seorang tetapi kuasanya untuk mencabut nyawa adalah bersamaan dengan jumlah nyawa yang akan dicabutnya.

~Tanda 7 hari

Adapun tanda ini akan diberikan hanya kepada mereka yang diuji dengan musibah kesakitan di mana orang sakit yang tidak makan secara tiba-tiba ianya berselera untuk makan.

~ Tanda 3 hari

Pada ketika ini akan terasa denyutan di bahagian tengah dahi kita iaitu diantara dahi kanan dan kiri.Jika tanda ini dapat dikesan maka berpuasalah kita selepas itu supaya perut kita tidak mengandungi banyak najis dan ini akan memudahkan urusan orang yang akan memandikan kita nanti.
Ketika ini juga mata hitam kita tidak akan bersinar lagi dan bagi orang yang sakit hidungnya akan perlahan-lahan jatuh dan ini dapat dikesan jika kita melihatnya dari bahagian sisi.
Telinganya akan layu dimana bahagian hujungnya akan beransur-ansur masuk ke dalam.Telapak kakinya yang terlunjur akan perlahan-lahan jatuh ke depan dan sukar ditegakkan.

~ Tanda 1 hari

Akan berlaku sesudah waktu Asar di mana kita akan merasakan satu denyutan di sebelah belakang iaitu di kawasan ubun-ubun di mana ini menandakan kita tidak akan sempat untuk menemui waktu Asar keesokan harinya.

~ Tanda akhir

Akan berlaku keadaan di mana kita akan merasakan satu keadaan sejuk di bahagian pusat dan ianya akan turun ke pinggang dan seterusnya akan naik ke bahagian halkum.
Ketika ini hendaklah kita terus mengucap kalimah syahadah dan berdiam diri dan menantikan kedatangan malaikatmaut untuk menjemput kita kembali kepada Allah SWT yang telah menghidupkan kita dan sekarang akan mematikan pula.

KESIMPULAN

Sesungguhnya marilah kita bertaqwa dan berdoa kepada Allah SWT semoga kita adalah di antara orang-orang yang yang dipilih oleh Allah yang akan diberi kesedaran untuk peka terhadap tanda mati ini semoga kita dapat membuat persiapan terakhir dalam usaha memohon keampunan samada dari Allah SWT mahupun dari manusia sendiri dari segala dosa dan urusan hutang piutang kita.
Walaubagaimanapun sesuai dengan sifat Allah SWT yang maha berkuasa lagi pemurah lagi maha mengasihani maka diriwatkan bahawa tarikh mati seseorang manusia itu masih boleh diubah dengan amalan doa iaitu samada doa dari kita sendiri ataupun doa dari orang lain.
Namun ianya adalah ketentuan Allah SWT semata-mata.
Oleh itu marilah kita bersama-sama berusaha dan berdoa semuga kita diberi hidayah dan petunjuk oleh Allah SWT serta kelapangan masa dan kesihatan tubuh badan dan juga fikiran dalam usaha kita untuk mencari keredhaan Allah SWT samada di dunia mahupun akhirat.
RINGKASAN
~ 100 hari : Seluruh badan rasa bergegar.
~ 60 hari : Pusat rasa bergerak-gerak.
~ 40 hari : Daun dengan nama orang yang akan mati di arash akan jatuh dan malaikat maut pun datang kepada orang dengan nama tersebut lalu akan mendampinginya sehingga saat kematiannya. Kadang-kadang orang yang akan mati itu akan merasa atau nampak kehadiran malaikat maut
tersebut dan akan sering kelihatan seperti sedang rungsing.
~ 7 hari : Mengidam makanan.
~ 5 hari : Anak lidah bergerak-gerak.
~ 3 hari : Bahagian tengah di dahi bergerak-gerak.
~ 2 hari : Seluruh dahi rasa bergerak-gerak.
~ 1 hari : Terasa bahagian ubun bergerak-gerak di antara waktu subuh dan asar.
~ Saat akhir : Terasa sejuk dari bahagian pusat hingga ke tulang solbi (di bahagian belakang badan) Seelok-eloknya bila sudah merasa tanda yang akhir sekali, mengucap dalam keadaan qiam dan jangan lagi bercakap-cakap.
Untuk pengetahuan semua, pada hari ke-44 air mani lelaki dan telur wanita bercantum, Allah s.w.t. telah mencampurkan sekali tanah yang akan menjadi kubur kita nanti.
Apa yang baik dan benar itu datangnya dari Allah SWT dan apa yang salah dan silap itu adalah dari kelemahan manusia itu sendiri.
HafizAmri.Com

SAHABAT HINGGA SYURGA... ( UHIBBUFILLAH ILAL JANNAH)

AKUKAH SAHABATMU

Dalam sebuah hadis Baginda saw menerangkan, bahawa pada Hari Kiamat nanti Allah memerintahkan dua orang hamba hadir mengadapNya. Seorang adalah hamba yang taat kepada perintah Allah dan seorang lagi hamba yang derhaka kepada Allah. Kedua-duanya mati dalam keadaan beriman. Lalu Allah menyuruh malaikat Ridhwan membawa orang yang taat itu ke Syurga dan memuliakannya dengan firman Allah, “Aku merelakan dia”.


Kemudian Allah memerintahkan kepada malaikat Zabaniyah membawa yang seorang lagi ke Neraka dan Allah memerintahkannya disiksa dengan siksaan yang amat pedih. Firman Allah, “Sesungguhnya orang ini adalah peminum arak”.

Orang yang taat kepada Allah sangat gembira kerana dia telah dapat masuk ke Syurga dengan rahmat Allah. Apabila orang itu hendak menjejakkan kakinya ke pintu Syurga maka dia mendengar suara sahabatnya yang diheret ke Neraka itu berkata, “Wahai sahabatku, wahai temanku, kasihanilah aku dan berikanlah aku pertolongan”.

Apabila orang itu mendengar rayuan sahabatnya, maka dia tidak mahu masuk ke dalam Syurga. Malaikat Ridhwan berkata kepadanya, “Masuklah ke Syurga dengan rahmat Allah”. Orang itu berkata, “Aku tak mahu masuk ke Syurga, bawalah aku ke Neraka”. Malaikat Ridhwan menjawab, “Aku tak dapat membawa kamu ke Neraka sebab Allah telah memerintahkan aku membawa kamu ke Syurga dan melayani kamu”.

Orang itu tetap berdegil dan berkata, “Aku tak mahu masuk ke Syurga dan tak mahu juga layananmu”. Setelah itu kedengaran suara yang berkata, “Wahai Ridhwan, Aku Maha Mengetahui apa-apa yang ada di dalam hatinya, namun demikian tanyalah kepadanya sendiri dan kamu akan mengetahui sebabnya”. Lalu malaikat Ridhwan bertanya, “Kenapakah kamu tidak mahu masuk ke Syurga dan mengapakah kamu ingin ke Neraka”?

Orang itu menjawab, “Aku tak mahu ke Syurga sebab orang yang derhaka kepada Allah itu telah diputuskan masuk ke Neraka. Dahulu ketika hidup, aku dan dia bersahabat baik di dunia dan dia telah meminta pertolongan dari ku supaya selamatkannya dari api Neraka. Oleh kerana aku tiada kuasa untuk berbuat demikian, maka aku fikir lebih baik aku juga masuk ke Neraka supaya sama-sama di siksa di dalamnya”.

Kemudian kedengaran seruan Allah yang Maha Memberi rahmat berfirman, “Wahai hambaKu, kamu dengan kelemahanmu tidak suka melihat sahabatmu itu masuk ke neraka kerana dia telah berkenalan denganmu di dunia hanya sebentar dan dia mengetahui dirimu dan menemanimu hanya beberapa hari saja. Maka bagaimanakah Aku merelakan kamu masuk ke Neraka sedangkan kamu telah mengetahui Aku selama umurmu dan telah menjadikan Aku sebagai Robb mu selama 70 tahun. Oleh itu pergilah kamu ke dalam Syurga bersama sahabatmu itu dan Aku telah mengampuninya dan Aku serahkan dia kepada kamu”.

Apabila dibaca saja firman Allah yang terakhir itu, aku rasa bergetar seluruh badan dan satu perasaan yang tidak dapat digambarkan hadir dalam hati dan diri ini. Allah Maha Pengampun lagi Maha Pemberi Rahmat. Adakah saudara-saudara seakidahku juga merasai getar hati saat membacanya...?

Moga Allah tempatkan kita semua dalam golongan yang beriman dan Dia sentiasa memberi kita rahmat Nya...

KUCING2 COMEL ^_^

10 Baka Kucing MAHAL!! ^_^

Dalam akhbar Berita Harian, setiap hari Sabtu msti ada cerita pasal kucing
kt bhgian kolum "Inspirasi Meoww" 
dan tuk minggu ni, akhbar tu siarkan antara 10 baka kucing mahal
berdasarkan ciri eksotik, tabiat hidup dan kepintaran kucing tu

Jom kita layan gambar-gambar kucing-kucing mahal ni..

1. Benggala (Bengal Cat) 
Comey kan?? persis seekor harimau gitu..

2. Savannah ( Savannah Cat) 
nampak sama cam bengal cat, tapi telinga die lbh pnjg

3. Persian 
Kucing ni...nmpk cam berlagak je kn?? hahaha tp mmg comey pun

4. Siamese 
Cute..cute..cute...

5. The Maine Coon
Kucing manja berbulu lebat..comey sgt..

6. Abyssinian 
Katanya, kuicng ni berasal dari Mesir kuno...wahh unik!

7. Ragdoll
Ok ini mmg comey ok...

8. The Exotic Shorthair
This is superbbb cute!

9. Manx
Kuicng jenis ni, mmg xde ekor rasanya..tak caye, g cari kt google ek..

10. Sphynx
Kuicng tak berbulu yg selalu jadi jahat dlm crite2 kucing...hehehe