Saturday, August 30, 2014

DI AMBANG MALHAMAH (huru-hara besar!)....

Subhanallah!!!

Inikah yang kita mahukan? Memilih jalan perdamaian, mengelakkan perpecahan dan permusuhan. Apa kata suara hatimu? Belajarlah dari petunjuk hatimu.
Sambil masa dipihak kita. Berusahalah mengelakkan kehancuran dari kuasa-kuasa yang berlaga lagi melagakan.. Al Faedah

Ya Allah, kurniakanlah kepada kami ilham yang baik, termasuk di dalamnya firasat di mana kami dapat melihat dengan perantaraan nurMu. Pancarkanlah cahayaMu ke dalam hati kami sehingga kami mampu memandang tembus sesuatu keadaan sehingga ianya menerangi jalan hidup kami yang akan membuatkan kami mudah untuk menjalani kehidupan ini walau dikelilingi oleh segala ujian dan cabaran. Amin Ya Rabbal 'Alamin
  • Sabda Rasulullah: Dan dari Wabishah bin Ma'bad ra, ia berkata, "Saya mendatangi Rasulullah saw, lalu beliau bertanya, 'Engkau datang untuk bertanya tentang kebajikan?' Saya menjawab, ‘Ya.’ Beliau bersabda, 'Mintalah fatwa kepada hatimu; kebajikan adalah sesuatu yang jiwamu tenteram kepadanya dan hatimu menjadi tenang, dan dosa adalah sesuatu yang mengganjal di dalam jiwa dan ragu di dada, meski manusia memberi fatwa kepadamu.” (Imam Nawawi berkata, "Hadits hasan, kami meriwayatkannya dalam dua kitab Musnad; Ahmad bin Hanbal dan Ad-Darimi dengan isnad hasan.")
  • Engkau datang mahu bertanya tentang kebajikan? Aku berkata: Ya. Baginda bersabda: Mintalah fatwa dari hatimu. Kebajikan itu ialah suatu perkara yang diri dan hati merasa tenang tenteram terhadapnya, dan dosa itu itu ialah suatu perkara yang tergetar dalam dirimu dan teragak-agak di hati, sekalipun ada orang yang memberikan fatwa kepadamu dan mereka memberikan fatwa kepadamu. (Hadis Hasan riwayat al-lmam Ahmad dan al-Daarimie dengan isnad yang baik.)
Adapun asal timbulnya gerak hati atau khatir ini, iaitu Allah Ta’ala menugaskan di hati anak turun Adam, satu Malaikat yang mengajak berbuat kebaikan. Malaikat itu bernama Mulhim dan ajakannya biasa kita sebut “Ilham”.

Untuk mengimbangi Malaikat Mulhim ini, Allah Ta’ala juga memberi kuasa setan yang mengajak anak turun Adam untuk berbuat kejelekan. Setan itu bernama setan waswas dan ajakannya disebut waswasah. Jadi, Malaikat Mulhim pasti mengajak manusia kepaa kebaikan, sedangkan setan waswas tentu mengajak manusia berbuat kejahatan. Hati yang bersih juga hati orang yang Ikhlas, sehingga ditakuti oleh setan.
  • Nabi pernah bersabda, “Tidak berjalan Umar disuatu lorong melainkan setan memilih jalan lain (supaya tidak berpapasan dengan Umar). (HR. Imam Bukhari dan Muslim). Perasaan takut yang ditunjukkan setan disebabkan karena ketakwaan yang ada dalam diri Umar.
Apabila hati bersinar dan gemilang, Allah mengilhamkan kepada hati itu berbagai ilmu dan petunjuk. Diantaranya adalah firasat mukmin. Sehubungan hal tersebut:
  • Imam Tirmizi meriwayatkan dari Abi Sa'id ra dari Nabi saw bahwa baginda bersabda: “Takutlah kamu kepada firasat orang mukmin, kerana sesungguhnya ia memandang dengan nur Allah Azza wa Jalla.”
Allah swt berfirman : "(Ingatlah), ketika Tuhanmu mewahyukan kepada para malaikat, " Sesungguhnya Aku bersama kamu, maka teguhkanlah (pendirian) orang-orang yang telah beriman." (QS Al-Anfal : 12)

Sebahagian ulama' menafsirkan ayat ini dengan : "Wahai malaikat kuatkanlah hati orang-orang yang beriman dan berilah khabar gembira kepada mereka dengan kemenangan."

A. Dokumentari - America is over, the plan is executed. The Late Great United States of Devastation
B. Documentari - Russia Meteor Impact 2013 - Meteor Strike, Fireball From Space
يَوۡمَ نَبۡطِشُ ٱلۡبَطۡشَةَ ٱلۡكُبۡرَىٰٓ إِنَّا مُنتَقِمُونَ
(Ingatlah) hari (ketika) Kami menghentam mereka dengan hentaman yang keras. Sesungguhnya Kami adalah Pemberi balasan. [Ad dukhan:16]

Hentaman atau lemparan yang keras adalah (al bathsyah al kubro) adalah meteor besar yang Allah kirimkan untuk orang yang menyombongkan dirinya dan yang tidak mau menerima kebenaran Islam, iaitu orang-orang yang selalu membanggakan dirinya. Membanggakan kekuatan persenjataannya sehingga senjata tersebut telah menjadi tuhan (berhala) di dalam hatinya.

Akibat hentaman meteor ini, maka terbentuklah kabut tebal (dukhan) yang menutupi atmosfera bumi. Hubungan kabut dengan meteor diperkuatkan dengan hadits dari Ibnu Abbas r.a.

Terhadap masalah ini Ibnu Jarir ath Thabari dan Ibnu Hatim meriwayatkan dari Abdullah bin Abi Mulaikah bahawa ia berkata,"Saya pernah datang kepada Ibnu Abbas pada suatu hari, lalu ia berkata, "Semalam aku tidak tidur hingga pagi." Saya bertanya "Mengapa?" Jawabnya, "Orang-orang mengatakan bahawa telah terbit bintang berekor, maka aku khawatir bahawa Dukhan (kabut) itu telah di ambang pintu. Kerana itu, aku tidak dapat tidur hingga pagi." [Tafsir ath Thabari (25:113)]

Ibnu Abbas sebagai pakar umat dan pakar tafsir Al Quran telah menghubungkan dua peristiwa, iaitu antara datangnya bintang berekor (komet atau meteor), berarti Dukhan (Kabut) akan muncul. Ibnu Abbas seakan-akan mengetahui bahawa malapetaka yang ditimbulkan oleh meteor dan Dukhan tersebut sangat berbahaya dan mengerikan, sehingga ia sendiri tidak lena tidur semalam suntuk. Takut kalau-kalau pada hari itu malapetaka tersebut datang.

Pada episod akhir zaman nanti, Nabi Isa AS, Putra Maryam akan turun untuk menghakimi orang Yahudi atau Israel, yaitu orang-orang Yahudi keturunan Samiri si penyembah sapi, serta semua yang menjadi pendukungnya (Rum/Romawi). Mereka bersama pendukung-pendukungnya akan berkumpulkan di gunung Magiddo.

Di sinilah Dajjal si Pendusta Besar berperanan dalam terwujudnya Pertempuran Akhir Zaman.Di tengah-tengah pertempuran itu, Allah kirimkan “Hentaman yang Keras” (al-Bathsyah al-Kubro) yang menghantam tepat bala tentara pakatan Yahudi. Sehingga, mereka terbunuh dengan hebatnya. Puncak dari pertempuran itu, Allah menurunkan Isa Putra Maryam untuk membunuh Dajjal dan pengikutnya.

Malhamah adalah rangkaian dalam peperangan akhir zaman. Mengapa disebut "Al Malhamah" (huru hara besar/kutukan)? Inilah hikmah bahawa Rasulullah SAW menyebut sebagai "Malhamah" (huru-hara) dan bukan pula "Qital" (pembunuhan) atau "Harb" (perang).Dalam kata "Malhamah" terkandung "Qudratullah" yang bukan hasil usaha manusia.

Di dalamnya ALLAH membantu secara langsung akan kaum Muslimin. Allah menurunkan QudratNYA, NusrahNYA, dengan menimpakan bencana keatas bala tentera pakatan Yahudi dan Nasrani sehinggalah mereka hancur lebur bukan melalui kekuatan senjata angkatan Muslimin namun dengan bantuanNYA secara langsung melalui hujan meteor yang hebat.

Manakala kabut/asap itu menyebabkan orang-orang yang beriman terkena selsema, namun orang-orang kafir Rum. Yahudi serta sekutu mereka akan mengalami bengkak-bengkak tubuhnya serta mengakibatkan rosaknya pendengaran (pekak/tuli) dan rosaknya penglihatan (buta).Dalam hal ini Allah telah mengisyaratkan fenomena "buta dan tuli/pekak" yang terjadi pada orang kafir terutamanya keturunan Yahudi dalam Al Quran.

وَحَسِبُوٓاْ أَلَّا تَكُونَ فِتۡنَةٌ۬ فَعَمُواْ وَصَمُّواْ ثُمَّ تَابَ ٱللَّهُ عَلَيۡهِمۡ ثُمَّ عَمُواْ وَصَمُّواْ ڪَثِيرٌ۬ مِّنۡہُمۡ‌ۚ وَٱللَّهُ بَصِيرُۢ بِمَا يَعۡمَلُونَ 
Dan mereka juga menyangka bahawa tidak akan berlaku sebarang bencana, lalu mereka membutakan mata dan memekakkan telinga, kemudian Allah menerima taubat mereka, setelah itu kebanyakan dari mereka membutakan mata dan memekakkan telinga lagi. Padahal Allah Maha Melihat akan apa yang mereka lakukan. [Al Maaidah:71]

Sangat mungkin ayat ini merupakan peringatan Allah atas bani Israel bahawa mereka kelak akan mengalami buta dan tuli, sebagai balasan atas kedurhakaan mereka. Buta dan tuli secara hakiki bukan saja majasi. Ini terjadi pada saat kemuncak al Malhamah. Seluruh orang kufar baik Rumawi maupun Nasrani malah Yahudi dan Dajjal akan melalui deformasi kebengkakan pada tubuh badan, mata dan pendengaran mengalami kerosakan.

Pada saat inilah kemungkinannya dajjal melalui trasformasi fizikal dari manusia normal menjadi buta sebelah matanya dan kedapatan tulisan Kafir diantara dahinya.
  • Di akhir zaman akan adanya khasaf (penenggalam), qadzaf (fitnah) dan masakh (perubahan bentuk wajah), bila merebaknya alatan muzik, wanita penghibur, dan khamar (arak)." [Hadits Riwayat Thabrani dalam kitab Mu'jam al Kabir].
Semoga ALLAH SWT memelihara kita dari fitnah akhir zaman. Amin.

Friday, August 22, 2014

UNTUK RAKYAT PALESTIN!!!

Assalamualaikum w.b.t

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ

Seperti mana yang kita tahu,rakyat Palestin-Gaza sedang berada dalam krisis disebabkan kekejaman yang dilakukan oleh rejim zionis dan Israel laknatullah.Seluruh dunia mengutuk sekeras-kerasnya kekejaman yang dilakukan oleh Israel.Pelbagai usaha telah dilakukan bagi menunjukkan sokongan padu seluruh masyarakt dunia supaya kekejaman ini dihentikan segera.Oleh sebab inilah,blog juga merupakan satu medium yang berkesan dalam usaha memberi sokongan moral disamping doa kepada saudara kita di palestin.Jadi rasanya tak salah kiranya kita menunjukkan sokongan kepada rakyat palestin.Disamping megutuk sekeras-kerasnya kezaliman syaitan bertopengkan manusia ini.

Dibawah satu payung keamanan kita bergabung menzahirkan dan meluahkan kata-kata semangat untuk saudara kita di Palestin.Memberi sokongan agar damai yang hilang itu kembali menyinari mereka.


1-Copy satu banner seperti dibawah-(blogger Malaysia,Indonesia,Brunei,Singapura) untuk diletakkan dalam post anda.
2-Edit dengan meletakkan nama anda semua.Dan buat satu post yang bertajuk "TEAM BLOGGER SUPPORT GAZA:Tajuk post"
3-Coretkan nurkilan khas buat saudara di Gaza seperti puisi dan lain-lain.
4-Backlink kan post anda ke laman ini-Bebas dalam apa jua cara
5-Tinggalkan link anda di bahagian kotak komen untuk kongsikan nurkilan buat saudara Palestin.
6-Boleh tampalkan banner pada bahagian sidebar blog anda.

Semoga saudara Palestin terus kuat dan tabah menghadapi kekejaman Israel ini.We support Palestine.

(NURKILAN BLOGGER BUAT PALESTIN)






Friday, August 1, 2014

TIPS BANGUN MALAM ( QIAMULLAIL) ! ^_^

Sila amati dan amalkan jika anda ingin menunaikan solat malam dan bermunajat kepada Allah...

1. Melakukan Qailulah Sebelum Zohor
Qailulah ini bukanlah sejenis makanan mahupun minuman, sebaliknya ia adalah sejenis perbuatan yg dinamakan tido sebentar (quick nap) sebelum Zohor. Contohnya waktu Zohor masuk pada pukul 1.15 pm, maka rehat untuk makan tengahari lebih kurang pukul 1.00 pm itu boleh digunakan untuk qailulah. Kalau nak makan, maka makan la lepas Zohor.. takyah berebut2 lelaki pompuan nak beli makan kat kafe.
Kelebihan qailulah ini dapat memberi sedikit kerehatan kepada badan sbb dah beberapa jam duduk bekerja / belajar. Bila badan cukup rehat, maka mudah nak berjaga dan bukan asyik nak terlelap je mata. Bila cukup rehat, lepak kat katil pun tak terasa nak tido.. tapi kalau badan dah penat, tengah berdiri dalam bas pun boleh berdengkur.. kihkih


2. Tidur Awal
Konsepnya mudah.. kalau nak bangun awal, maka tidolah awal.. tapi banyak juga yg menyalahi konsep.. iaitu tido awal, tapi bangun lewat jugak. Namun, kebiasaannya, kalau kita tido awal, maka kita akan bangun awal dalam keadaan puas hati. Kalau tido lewat, biasanya kita akan bangun lewat dalam keadaan badan lesu. Kalau tido lewat, tapi bangun awal, kejap2 mata nak terpejam (ini biasa berlaku kat student.. jadi burung hantu malam2 layan FB, lepas tu tido dalam kuliah.. bila lecturer tanya kenapa mengantuk, boleh plak dia kata sbb bangun tahajjud.. kihkih). Tidurlah seawal mungkin iaitu selepas selesai solat Isyak. Makruh sebenarnya bercakap2 perkara lagha selepas Isyak.. sbb lepas Isyak itu adalah waktu untuk berehat (dan bukannya waktu untuk ziarah ke, gi makan kat mamak ke dsb). Bayangkan, kalau kita tido pukul 9 malam (dah tentu ada orang tegur dah buang tebiat ke.. kihkih), kita biasanya akan terbangun pada pukul 3 pagi (sbb tido yg cukup paling kurang 6 jam). Jadi, kita pun akan bangun dengan gembira ria untuk menunaikan solat tahajjud, kemudian beberapa jenis solat sunat lagi, baca al-Quran, zikir dsb.. kemudian boleh sambung study dalam sejam dua sementara masuk waktu Subuh. Hidup akan jadi lebih berdisiplin dan teratur.


3. Niat Nak Bangun Tahajjud
Pengalaman Ustaz Love sendiri, kalau sebelum tido kita dah niat nak bangun tahajjud pada sekian2 waktu, maka kita akan terbangun (mcm dikejutkan) pada waktu yg kita nak bangun tu. Ustaz Love pun tak pasti ada kaitan dengan saka ke tak (kihkih), tapi bila kita dah berazam, kemudian bertawakkal kepada Allah, insyaAllah, Allah akan memakbulkan azam kita itu.


4. Kunci Jam Loceng
Kita jangan berharap kosong saja (harap nak bangun.. tapi takde apa2 ikhtiar). Salah satu ikhtiar adalah dengan mengunci jam loceng. Bagi mereka2 yg duduk hostel (sebilik dengan kawan) sebaik2nya dapatkan dulu persetujuan roommate untuk kunci jam.. agar bunyi jam tu tak mengganggu tido beliau. Jangan pulak kita pandai2 nak bagi dia terkejut kononnya nak suruh dia bangun tahajjud jugak. Kita yang nak bangun tahajjud, kenapa kita nak susahkan orang lain pulak? Kena jaga2 bab ni.. jangan sampai disebabkan perbuatan kita, orang jadi menyampah nak amal agama. Kalau member tak setuju kunci jam (atau nampak mcm dia keberatan), maka kunci la henset.. tapi buat mode vibrate (getar).. simpan dalam poket seluar.. biar kita sorang je yg bergetar bila dah tiba waktunya..


5. Amalkan Adab Tidur
Antara adab tidur yang patut kita amalkan adalah tido dalam keadaan berwudhuk. Sebelum tido, luangkan masa membaca al-Quran sekurang2nya baca surah as-Sajdah dan surah al-Mulk. Kemudian membaca Subhanallah 33x, Alhamdulillah 33x dan Allahu Akbar 34x. Kemudian membaca 3 Qul (al-Ikhlas, Al-Falaq dan An-Nas) lalu ditiupkan ke tapak tangan dan disapukan ke seluruh badan. Kemudian tidur mengiring rusuk kanan ke bawah. InsyaAllah, mudah je nak bangun berbanding kalau tido terlentang.. silap2 cicak pun boleh masuk dalam mulut yang ternganga.. kihkih..


6. Tutup Mata
Memang la kan.. mana ada orang tido bukak mata.. sang kancil je yg tido mata terbuka ni (sang kancil bukanlah sejenis orang.. kihkih). Maksud Ustaz Love, boleh guna spek mata kain yg besar tu (biasa ada dalam kit penerbangan).. supaya mata kita tak terganggu dengan silau lampu ke (kalau tiba2 member bukak lampu). Sebab tido yang terganggu (kejap2 terjaga) boleh menyebabkan keletihan pada badan dan mata akan jadi mengantuk (walaupun dah tido 6 jam). Jadi, sebaiknya elakkan gangguan pada mata dan telinga (elakkan tido sambil mendengar mp3) dan dapatkan tido yang berkualiti.


7. Pesan Kat Member Suruh Kejut
Yang ni antara kaedah yang paling berkesan.. nak lagi sadis, boleh pesan kat member, kalau nampak mcm liat je nak bangun, amik spray air, spray je kat muka.. kihkih..
Bagi yang baru berjinak2 nak solat tahajjud, buatlah slow2.. seminggu sekali ke dulu, kemudian naik sikit jadi seminggu dua kali.. sampai la boleh istiqamah tiap2 hari.. kalau kita tak biasa buat, lepas tu buat kerap2, nanti akan menyebabkan kita mengalami masalah kesihatan (sbb tubuh manusia perlukan penyesuaian). Even orang yang nak berhenti hisap rokok pun kena slow2.. kalau tak nanti akan mendatangkan mudarat kepada tubuhnya lebih cepat sekiranya dia berhenti merokok serta-merta.

Sebab itu, bagi yang dah istiqamah solat tahajjud, maka hukumnya makruh jika meninggalkan solat tahajjud itu.. manakala makruh juga bagi yang tidak biasa bangun malam untuk solat tahajjud, melakukannya secara istiqamah setiap hari.. kerana ia akan mengganggu kesihatan tubuh badan.

female celeberties who converted to Islam

52 Great Famous People Who Converted To Islam [HD] مشاهير العالم الذين ا...



May Allah bless them all!!! Amin...^_^

10 Kekuatan Lahir dari CINTA!!!

10 Kekuatan Lahir Dari Cinta... ^_^


1. Kekuatan dalam komunikasi- Interaksi yang terjalin akan memaksa kita bagi meningkatkan kualiti serta kreativiti pemikiran agar perhubungan sentiasa dibajai dengan baik.

2. Kekuatan dari komitmen- Kesungguhan yang kita bina melalui komitmen dan perhatian kepada pasangan akan menjana satu sinergi dalam diri. Kepuasan kita rasai dengan cukup ketara apabila kita berjaya memenuhi keperluan atau permintaan.

3. Kekuatan persahabatan - Seorang sahabat akan berkata benar bukan membenarkan kata-kata.

4. Kekuatan dari sentuhan - Kita akan mudah tersentuh dan rasa terpalit atas penderitaan serta keperitan saudara seagama. Tidak seharusnya kita tidur lena sehingga kita dapat membantu menyelesaikan atau meringankan beban mereka.

5. Kekuatan bagi melepaskan - Tidak mudah untuk berpisah dengan yang tersayang. Namun demi perjuangan kita akan rela bertemu dan berpisah kerana Allah.

6. Kekuatan semangat- Seperti satu keajaiban menimpa insan yang memiliki dinamika perasaan cinta.
Mereka sentiasa bermotivasi tinggi dan bersemangat bagi membuat apa sahaja kerja dan tidak mengira masa. Mereka ingin menjadi yang terbaik
 tanpa mengharapkan pengiktirafan dan penghargaan atas kerja kuat mereka.

7. Kekuatan dari rasa percaya - Cinta suci memberikan keyakinan untuk percaya pada pasangan walaupun mereka berjauhan. Walau jauh di mata namun di hati tetap dekat dan abadi.

8. Kekuatan berfikir - Kesungguhan bagi memikirkan tentang masa depan tidak akan konsisten jika asasnya tidak kukuh. Hati akan menghasilkan hormon bagi menjana minda untuk berfikir tentang kerja dan kerjaya serta masa depan.Cinta suci tidak menjadikan kita pasif dan berangan kosong. Sebaliknya sentiasa mendesak kita memikirkan cabaran serta perjuangan bagi mengekalkannya.

9. Kekuatan bagi menghormati - Cinta akan mengajar kita menghargai dan menghormati pandangan orang lain. Jika kita tidak suka pada sesuatu perkara, namun kita akan ada kekuatan bagi menghormati minat orang lain terhadap sesuatu perkara.

10. Kekuatan bagi memberi - Memberi bererti berkorban. Ada perkara tertentu mempunyai nilai sentimental dalam hidup kita, seperti kereta,buku,pakaian dan sebagainya. Namun cinta mendidik kita supaya tidak berkira serta memberi milik kita untuk dimanfaatkan  oleh atau orang lain. Kekuatan toleransi merupakan suatu pengorbanan yang tinggi nilainya.